Monday, September 24, 2012

Syukur atas nikmat itu..

2 comments:
bersyukurnya diriku kerana dikurniakan kesempurnaan yang tidak terbatas...terima kasih ya Allah atas ujian ini

alhamdulillah~

Saturday, September 8, 2012

Rahsia Perjalanan Hidup

2 comments:
kita melangkah sehari2 tanpa kita sedar setiap langkahan yang dibuat itu adalah  tanpa ilmu dan pengalaman tentang kehidupan. Hidup hanya sekali, dan jelas kita tidak mampu mengundur setiap detik yg berlalu..sedar atau tidak detik itu terus berlalu...

Namun, kita patut berbangga...kerana walau pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang perjalanan, kita tetap meneruskan langkah. Berani mahupun tidak, kaki tetap melangkah seiring dengan masa yang menjadi pengubat bagi semua perkara.

Hidup ini bagai sebuah pentas untuk kita melakar satu cerita..selagi kita masih bernyawa, pentas itu tetap berlansung dengan pelbagai plot. Ada yang gembira, ada plot sedih dan ada juga yang mengharukan. Semua plot ini dihiasi dengan pelbagai perasaan. Namun yang pasti, setiap lakaran cerita berakhir mengikut pilihan takdir masing-masing. Doaku semoga setiap orang memiliki pengakhiran yang terbaik bagi perjalanan hidup mereka.


Bagiku, perjalanan hidupku ini hanyalah untuk mencapai satu matlamat..matlamat yang telah lama terdiam di hati. Ia mungkin sukar dan tak mudah, namun ku tetap akan mencuba yang terbaik. Apa yang pasti, Dia tetap di sisiku untuk terus memberiku peluang untuk mengejarnya. InsyaAllah..

Bukan mudah untuk mendapat syurga Allah


Friday, September 7, 2012

Pelajaran Cinta

No comments:

Pelajaran Cinta


1) Ikhlas dalam bercinta.

- andainya bercinta hanya kerana rupa mahupun harta, cinta itu akan layu menjelang kikisnya harta dan rupa. Mulalah percintaanmu dengan niat yang betul. Sebaiknya biarlah ia berlandaskan agama. Ini sekaligus mengukuhkan lagi hubungan yang bakal dibina.

2) Terima seadanya
- selalunya dalam bercinta, tak kira perempuan mahupun lelaki masing-masing pasti mahukan yang terbaik dari pasangan. Belajarlah tolak ansur dalam setiap hal biarpun seremeh mana pun perkara tersebut. Terimalah pasanganmu dengan seadanya. Tidak semestinya kelemahan yang ada pada dirinya membawa keburukan padamu.

3) Keterbukaan hati
- Semua orang semestinya menginginkan hubungan yang berkekalan, namun kadang - kadang panas yang disangka tidak sampai ke petang. Saat itu, keterbukaan hati pada setiap kemungkinan yang bakal terjadi amat diperlukan. Lumrah kehidupan, setiap yang bertemu pasti akan ada pengakhiran. Tidak salah untuk mengukir impian, namun dirimu perlu bersedia untuk menghadapi setiap risikonya.

4) Redha
- untuk mendapat cinta yang kukuh, iringilah hubungan itu dengan restu dari penjagamu. Perjalanan cinta yang ingin ditempuhi tanpa ilmu dan pengalaman pasti amat sukar. Dirimu mungkin tersilap langkah tanpa bimbingan dari mereka. Kongsikan setiap perasaan yang kamu alami bersama mereka kerana mereka lebih faham tentang kehidupan. Semua ini pasti akan memberimu lebih ketenangan dan kebahagiaan.

5) Jaga pergaulan
- tetapkanlah pada hatimu satu prinsip pergaulan. Jaga adab pergaulan antara kamu. Jangan memulakan perkara yang akan melanggar prinsip dalam pergaulan. Asaskan hubungan pada Islam kerana setiap pergaulan antara lelaki dan perempuan, pasti akan ada yang ketiga. Mengembara dalam cinta itu tidak salah, tp pastikan ia menurut syarak. insyaAllah dirimu pasti akan berbahagia. 

Wallahualam