Tuesday, August 27, 2013

Rendaman kaki dan sakit kepala

No comments:
Dari petang tadi lg,kepala berdenyut2..Last2,mlm ni terus panaskan air..letak dalam baldi,cmpur sket ngan air sejuk..bl da mcm hangat2 airnya,terus rendamkan kaki..waktu mula2 tu trasa perit kt kulit,tp bila da lama tu rasa selesa sangat...lepas 15minit, badan rasa berpeluh..sakit kepala bndenyut pun beransur hilang..alhamdulillah.
Rupanya,rendaman kaki dalam air hangat ni banyak khasiatnya cuma org kita jarang amalkan. Salah satunya,dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh serta membaiki aliran tenaga dalam badan. Sbb tu rendaman kaki ni boleh kurangkan sakit kepala. Kalau ada sape2 yang baru2 nk demam atau selsema tu eloklah buat cara ni. Dengan izin Allah,boleh sembuh.
Lagi satu,girl2 yang mengalami simptom2 pre period tu,elok buat. Sbbnya,ia dapat mengurangkan tekanan,stress,perjalanan hormon dalam darah akan lebih stabil. Jadi sebelum nak period tu,lebih baik amalkan mandi air hangat. In sya Allah
Yang paling best,bila rendam kaki dalam air panas ia dapat menanggalkan sel2 kulit mati yang menempel kat kaki tu.maka hasilnya,kaki lebih mulus dan sihat malah lebih cantik..♥♡

Tuesday, August 20, 2013

Harapan

2 comments:
"Beban dalam hati,mengganggu hari-harimu..menjadikan hidupmu sentiasa resah dan gelisah...andai itu yang kamu lalui,lepaskan ia..luahkan segala bebanan itu..leraikan puncanya.


Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada penyelesaiannya..
Namun,untuk berdepan dgn penawar itu..dirimu harus kuat dan tekadkan hati.sediakan dirimu dengan sifat keterbukaan dan mampu menerima kelemahan yg ada..optimis adalah pilihan terbaik.selain dapat mengajar jiwamu untuk beralah..
Ego dan keras hati tidak akan membuat jiwamu tenang malahan sedikit demi sedikit ia memakan ketenanganmu.

#berundur tidak bererti tersungkur,menyerah tidak membawa kalah..sandarkan harapan padaNya,kekecewaanmu akan terubat.
Wallahualam"


Sunday, August 18, 2013

Palitan realiti dan anganan

No comments:

mengapa selalu terjadi dlm kehidupan,apa yg kita mahukan tidak seperti apa yang kita dapat.adakah usaha kita belum mencukupi atau ia adalah permainan takdir?

mungkinkah diri tergolong dalam mereka yang tidak bersyukur?ampunkan aku ya Allah..aku lalai.

semua manusia mengejar kesempurnaan sehingga lupa apa yg ada dalam genggaman.namun itulah kelemahan besar kita.kita lupa untuk menghargai keistimewaan yang kita ada kerana terlalu asyik dengan kelebihan yang ada pada orang lain.sedangkan apa yang kita ada jauh lebih baik dari apa yang kita lihat..di situlah terletaknya ujian Allah..ujian untuk menilai dan menerima seadanya apa yang telah dikurniakan tuhan..dan segalanya akan menyinar hanya bila kita telah kehilangannya..dan waktu itu sudah terlewat untuk kita mengejarnya...
wallahualam..

#izinkan mimpi membalut luka kepahitan realiti..

Saturday, August 17, 2013

Friday, August 16, 2013

Cerita sebelum lena

No comments:
Hujan dipagi hari..jam digital nset aku ni da nak masuk 2 pagi.mata pulak tak lelap..nak mereka karangan,mcm takde idea lak...
Tapi xleh nak nafi,hati aku tengah demam sekarang..entah demam ape yg melekat,aku pun x pasti..cuma Allah je la yang tahu ape yg jadi pd hati aku ni..
Tetiba ingat kat seseorang..entah ape sebab xde angin bertiup pun,hilang kabar berita bersama2 dia skali..agak2 makan hati ngan kata2 aku ke..atau dia dah hilang ingatan,sbb tu lost contact kot..(reka cipta cite)..tp sempena aidilfitri ni,aku mtk maaf ngan dia,takut2 la dia makan ht ngan aku..da abis pasal dia.hutang duit raya ngan aku tu (rm2)
Aii,tiba2 je mata ngantuk??magik nih..mungkin muzik alunan hujan kat luar tu membuai sensor mata aku nih..hihihi
#rasa mcm cepat je pulak masa cuti nih..malas betul nk menapak balik ke segamat..adehhhhh
"Diri selesa memilih untuk berahsia...dengannya,jiwaku lebih terpelihara"

Thursday, August 15, 2013

Pengorbanan yang ternafi

No comments:

Sedih.marah.terharu.terkilan.gembira.

..semua perasaan jadi satu..kenapa hanya dengan khabar itu membuat aku keliru...perasaan manakah yang harus aku pegang?

Pengorbanan itu tidak layak untukku..

Pengorbanan yang menyusul selepas penafian membuatkan akal berhenti..bagaimana harus aku tetapkan hati untuk teruskan perjalanan?

Untuk mereka yg pernah hadir dlm perjalanan ku..penafianku bukan beerti ku tidak menghargai,namun ia adalah sebahagian pilihan yang telah tercatat..

kepada kalian,terima kasih adalah perkataan yang terbaik.Maafkan segala khilafku..ku hnya hamba yg penuh kekurangan..mencuba untuk jadi yg terbaik.

"Diri selesa memilih untuk berahsia,..dengannya,jiwaku lebih terpelihara"

Tuesday, August 13, 2013

Ku bahagia

No comments:

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku ...

Friday, August 2, 2013

Perjanjian hati

No comments:

Uniknya perjanjian hati antara dua insan..mcm mane perasaan itu mampu dikekalkan tnpa sedikit guris..?