Untuk merawat hati,tiada jalan mudah..tiada shortcut.sbb tu kekadang kita leh dengar,org bunuh diri disebabkan tekanan jiwa,putus cinta.hanya mati yang boleh menamatkan cerita.sedangkan sebuah perpisahan atau kehilangan bukanlan pengakhiran hidup seseorang.Ia hanya penamat cerita seseorang itu dalam perjalanan hidup kita.Kita tetap akan teruskan perjalanan dengan kehadiran dia ataupun tidak.
Setiap orang akan menghadapi perpisahan,kehilangan.Cuma bezanya,cara seseorang tu menerima ujian tersebut.Namun,berdasarkan pengalaman lia..seperit mana kehilangan itu,penawarnya terletak pd diri sendiri.Walau seribu sokongan yg datang,namun perubahan terletak pd diri kita.sekiranya diri memilih untuk terus bergelumang dgn kesedihan itu,maka itulah yg akan memerangkap diri.Jalan terbaik adalah lakukan perubahan.Berubah untuk diri sendiri.Cuba untuk jadi yg terbaik untuk diri sendiri.Kerana,bila dirimu menyayangi diri,maka perkara baik akan pasti mengelilingimu.
Leraikan segala kekusutan,dendam dan kesedihan serta kemarahan yg menghias hati..bentukkan hati dengan menyemai sifat2 sabar,jujur,ikhlas dan redha.Bila hati yang indah terbentuk dalam diri,maka aura positif pasti akan mempengaruhi minda kita.Kita akan jadi lebih kuat dan tabah dalam mengharungi ujian hati.Apa yang penting,setiap perlakuan,doa dan harapan biarlah bergantung kpd Allah..mengadulah padaNya,maka hatimu akan selamat. In sya Allah..♡♥
No comments:
Post a Comment