Tuesday, April 26, 2011

KEJAHATAN yang tidak DITAKUTI

1 comment:

Secara sedar ataupun tidak,telah banyak kejahatan yang telah kita perlakukan. Kejahatan yang paling ketara adalah UMPATAN dan FITNAH. Ia telah dianggap REMEH kerana dosa itu belum kelihatan didunia namun itulah kejahatan yang AMAT BESAR DOSANYA yang mana ALLAH sendiri tidak mampu untuk mengampunkan dosa si pengumpat melainkan orang yang diumpat itu mengampunkannya terlebih dahulu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


P/S :
Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya-tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan).
sumber:http://ilmudanulamak.blogspot.com/

myREVENGE: Wallahualam..jauhkanla dari dosa itu....fikir2kanlah....huhuhu

Monday, April 25, 2011

kenali LEPTOSPIROSIS yang merbahaya!!

No comments:


AWAS...saya pembawa Leptospirosis!!!

Apakah itu Leptospirosis??
LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini. 


Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ 

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,”

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.   

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit  yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut. 

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.




Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam `swamp’ atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptospirosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.



p/s: sape nak tgk tikus2 comel?? ader kat sini
myREVENGE:...moral value,jaga persekitaran anda supaya bersih dari perumah2 tersebut..

Sunday, April 10, 2011

TAG CLOUD UNTUK BLOGGER

1 comment:
nampak x kat sidebar blog ni ader benda baru??..hehehe..da lama myREVENGE cari benda tu...tu la 'blogumus'.actually, blogumus ni special design tuk wordpres tp telah di 'alter' supaya dapat digunakan oleh blogger lain...special credit to AMANDA FAZANI yang sudi berkongsi cara nak apply blogumus ni kat blogger..thanks 

Onion Icon

myREVENGE:...akhirnya,dapat gak install flash ni..:p