Wednesday, July 9, 2014

Kelas 4H yang didenda

No comments:

Ari ni aku masuk sebulan aku mengajar kelas 4h untuk subjek sains. Dari mula2 aku masuk,aku da mintak pelajar2 hantar pembetulan sains bagi kertas pertengahan tahun ari tu..

Sampai hari ni jgk,tgl 7 org pelajar yang tegar xnk buat pembetulan kertas. Aku bukan nak sangat semua pembetulan tu,tp untuk mndidik pelajar supaya menghormati seorang guru. Kalau tak,sampai bila2 pelajar tu xkan pandai menjaga amanat sebagai pelajar.

Hanya tinggal 7 pelajar lelaki yg betul2 keras hati xnk hantar pembetulan. Jadi,ape yg aku buat..tiap kali aku masuk kelas,7 org ni akan berdiri selama aku mengajar kt depan..asalnya 10 org yang berdiri,3 org dah submit sebab x sanggup nak bdiri lelama time kelas sains. Aku bukan x kesian,in fact aku sendiri berdiri bersama.x duduk waktu mengajar...jadi sama-sama berdiri.hehehe...😝😜

Dalam 70 minit masa mengajar, diorang berdiri..bermacam2 alasan aku dengar..semua alasan aku x terima..

Namun, kebaikan yang aku dapat dari dendaan tu sangat ketara. 😏First aku tgk, pelajar tidak dapat masa tidur dalam kelas..jadi, pelajar2 ini akan terpaksa mengikuti pembelajaran dalam kelas secara x lansung berbanding kalau mereka duduk saja di meja...(xde aku nak marah2 diorang tido)...😘

Kedua, pelajar lebih menumpukan perhatian sebab tiada alasan untuk mereka mengelak untuk tidak mengikuti pembelajaran. Jadi,bila aku buat soal jawab,respon yang aku dapat adalah positif. Dan itu sangat menyenangkan hati seorang guru seperti aku (yang mengajar kelas belakang)...😜😝

Dan paling best, aku lebih rapat dengan pelajar yang bermasalah ni..jadi, mereka lbh senang untuk mengikuti pembelajaran dan tidak menaruh perasaan buruk atau negatif terhadap aku (asyik denda je kan..😝)..

Saat2 yang paling di tunggu,masa bunyi loceng keluar kelas..bayangkan aku tgh mengajar,loceng berbunyi..sorakan 7 org nu lagi kuat dari bunyi loceng..terasa lucu sangat tgk gelagat diorang yang x sabar2 mintak waktu mengajar aku habis sebab x tahan lagi berdiri..

Lepas loceng berbunyi..,

"..See u next class, nanti berdiri lagi yea..."
(Sambil senyum kambing...)😜😝😁

Wednesday, June 11, 2014

Duty oh duty

No comments:

Penatnye drive 5 jam dari terengganu ke segamat..kalaula ada driver,aku duk kt sebelah..nyammmaaann!!hehehe

Ceritanya,cuti sekolah 2 minggu lbh.. tp disebabkan bebudak st john ada camping,selaku penasihat terpaksalah aku dtg dgn paksa rela..

Sesampai segamat,terus rindukan terengganu..adehhh.

Tapi kerana duty,semua terpaksa dikorbankan.

Wednesday, June 4, 2014

Panggilan dari pusara

No comments:

Petang tadi sempat menemani seorang sahabat menziarahi kubur arwah suaminya.. tatkala menjejak kaki di kuburan,terasa satu garis sayu terukir di hati.

Sahabat yg berbaju kurung biru, dalam langkahan perlahan menghampiri pusara suami... tanpa bicara, terus tangan mencabut rumput2 kecil yang tumbuh di atas pusara.. membersihkan dan merapikan tempat persemadian suami tercinta.. batu-batuan sungai yg kecil disusun sebagai teman menghidupkan zikir.biarpun tanpa air mawar dan taburan bungaan,sebotol air mineral dan bacaan doa telah cukup untuk melepaskan rindu si isteri kpd suaminya... ia telah melengkapkan sebuah panggilan dari pusara.

perginya bersama kenangan cinta abadi.. bersyukur biarpun waktu dipinjam Allah sebagai pasangan terasa singkat namun redha isteri tetap mengiringi pemergian si suami..

betapa indah kesabaran dan ketabahan seorang isteri yang setia menabur bakti biarpun si suami telah pergi menghadap sang Pencipta.. biarpun riak wajah nampak tenang, namun hati yang merindu tiada siapa yang tahu..

melihatkan ketenangan itu,
hatiku terusik..

"..betullah, Allah xkn menguji seseorang hamba melebihi kemampuannya.. dirimu seorang yang kuat.. doaku moga dirimu sentiasa memperoleh ketenangan dan perlindungan dari Allah, sahabatku.. aamin.."

Seperti terbayang sekujur tubuh terbaring di situ. diam menginap ditemani bauan tanah merah dan disemadi sejuk di bawah redupnya daunan pokok bunga cina yang harum membunga.. kelihatan barisan kubur, terbaring di sebelahnya..
ibu dan ayah.

sepi.....

Bacaan indah Al Fatihah ku utuskan sebagai hadiah buat mereka..moga perjalanan menuju yang Esa lebih mudah dan dilindungi sentiasa.Aamiin

*gambar sebagai hiasan

Monday, March 17, 2014

Suatu petang yg dingin

No comments:

Adakalanya aku x heran tudung senget,
Adakalanya aku lupa diri terabai..aku x kesah kata2 org..aku x kesah org langgar bahu aku..aku x kesah dgn kesakitan..aku x kesah dgn kelukaan...

Kerana ketika aku tersedar,dunia telah berlalu tanpa aku...

Waktu itu,aku cuma berharap aku berada pada laluan yg betul dan mampu lakukan yg terbaik buat semua..

Semua rahsia dlm tanganNya


Saturday, February 22, 2014

Indahnya perihal dulu-dulu

No comments:

Indahnya kenangan sewaktu kecil..aku baru habis berborak dgn cik (pnggilan tuk ibu- tp aku diarahkan panggil cik) tentang hal zaman muda dia.macam2 cerita keluar..dari hal halaman rumah dulu2,tempat tinggal, kenangan mandi sungai, hingga membawa zaman kecil2 aku..sungguh indah bila dikenang.

Zaman cik dan tokwan,
Dulu2, kebanyakkan rumah kt kg tu bertumpu di tebing sungai..waktu tu org nk ke pasar,guna pengangkutan air..area tahun 70-an ke 80-an. Jadi, sape2 yg pakat nk ke pasar atau bandar,kena tunggu bot penambang. Boleh dikatakan semua org akan menunggu bot (mcm tgu bus sekarangla)..siap lambai2 ngan kain,tuk bagi pemandu bot tu nampak..jadi,tak hairanla klu setiap rumah ada pengkalan masing2 tuk dijadikan tempat menaiki bot...waktu dulu,air sungai jernih..boleh nampak sampai ke dasar batu kerikil dan pasir putih..air pun cetek.pokok2 kt tebing sungai pun banyak merentangi sungai..tak macam sekarang
Jauh berbeza katanya..x terbayang keindahan waktu dulu..cerita cik lg,dulu2 elektrik belom ada.yg ada cuma satu generator. Itu pun,hasil usaha abang dia yg rekacipta enjin hingga mampu menghidupkan mentol..menurut cerita cik, enjin generator tu di dapati dari mesin padi. Mmg bunyi dia kuat. Aku pun pernah nampak benda tu,dan pernah jadi saksi benda tu mampu menjana elektrik (kagum jgk la)...mmg byk kenangan yg dapat dia ceritakan,tp yang paling menarik hati aku ingin tahu adalah tentang seni bina rumah dulu2. Yg aku dapat bayangkan, rumah dulu dibuat sepenuhnya dari kayu..atap pulak dibuat dari bata nipis yg berat tu.mmg sejuk la..tp rekaan rumah yang diceritakan sgt menarik..menurut cik,rumah yg tok aku bina dulu bermula dengan ibu rumah. Di bina atas tiang yg tinggi. Ibu rumah tu pulak disambung dgn rumah serambi dpn yg lbh rendah. Jadi,untuk kemudahan semua, dlm rumah itu dibina satu batang anak tangga yg panjang untuk turun dari ibu rumah ke serambi depan..aku rs rumah tu sangatla unik. Ditambah lagi dengan gaya penceritaan cik aku (memandangkan rumah tu telah diroboh, maka aku cuma dapat membayangkan ia mengikut selera sendiri)...#^_^

Zaman kecil comel aku,
Aku dulu waktu kecik2,kena tinggal dengan tokwan. Jadi,kenangan masa kecik banyak tercipta bersama arwah. Dia sanggup hantar aku ke sekolah tadika dgn berjalan kaki. Aku rs kecik2 dulu suka ponteng, malas nk g sekolah. Sbb nk ikut tokwan g kedai. Aku masih ingat lg,perjalanan ke sekolah tu sangat jauh. Aku terpaksa meredah padang yg luas,naik jambatan. Lepas tu, terpaksa masuk kebun rambutan org sebelum sampai ke jalan besar..tp memandangkan aku bersama arwah tokwan,aku rs perjalanan tu sangat menyeronokkan. Macam2 perkara yang aku nampak dan belajar semasa aku bersamanya..dari hal menjaga kerbau,mandi sungai (siap lemas tu),hingga membawa kepada buat nasi kerabu. Semuanya aku belajar dari dia. Konon cucu kesayangan (sbb selalu tidur dengan dia..hehe)..kerana itula,aku sangat rindukan zaman kanak2 aku. Semuanya sangat indah. Kalaula aku ada xperia z waktu tu,mungkin banyak gambar2 yg mampu diabadikan....(waaaa,tiba2 rs nak nangis)..Sangat berbeza dgn zaman sekarang...

Dan sekarang, biarpun usia telah lama menjauhi kenangan tu..namun, setiap sudut cerita, haruman dan bait kata suara masih menghiasi sudut dalam fikiran aku..takkan pernah ia berlalu dari hatiku..sungguh indah penerokaan hidup bagi yang bergelar kanak-kanak...#^_^♥

Monday, February 17, 2014

Siapa zhariff??

No comments:
Sebulan x masuk blog..berhabuk da tempat nih.bukan aku xnk conteng2 cuma byk keje lain nk setel.xsempat nk berdrama kt sini..hehe
Ari ni tetiba,balik sekolah..terus bukak blog. Sebenarnya, sunyi kat umah ni bl balik sekolah. Selalunya, housemate ade.sekarang da tukar housemate baru.kebetulan dia pulak kerja petang. Jadi malam je la waktu jumpa.
Teringat pulak si zharif (betul ke ejaan nama nih?)..siapa zharif nih?hehe..
Dialah buah hati jantung aku sekarang.pengubat di waktu sunyi. Senyuman,gelak tawa..yang paling menawan,mata dia..memang charming!sekali pandang terus jatuh cinta..tapi dia selalu busy,memalam baru leh jumpa..dan sekarang,aku sgt rindukan dia..!!Ahmad zhariff irfan,adorable boy..#^_^
p/s: umi zhariff pesan,gambar xleh upload byk2..hehe.


Wednesday, January 1, 2014

ENTRI pertama di tahun baru 2014

No comments:

first day masuk sekolah..adehhh..mcm2 perkara kena siapkan... Tahun 2014 menyaksikan semua pembaharuan dalam jadual aku sebagai guru di SMJK SEG HWA. Tahun ni aku di paksa rela untuk mengajar PSV F5..biarpun sebelum ni aku ada pengalaman mengajar seni f4, tapi bila menghadap kelas peperiksaan ni,aku rasa sedikit terbeban. Di tambah lagi dengan tugasan kerja kursus. semua tu aku perlu belajar dalam masa yg sama aku kena kejar masa siapkan tugasan bersama pelajar..adehhh..

Yang paling best, aku kena ajar semula f3 sains..aku pun x sangka selepas hampir 4 tahun aku take over sains f4, tiba2 tahun 2014 memaksa aku menggalas subjek tersebut..kesudahannya,semua kelas f4 aku kena tarik..sedihnya hati. yelah,dalam 4 tahun tu dah byk material aku kumpul tuk mengajar..tp akhirnya,kena mula balik dgn sains f3..now,semua da reset.mula dari zero..aku pun heran,kenapa aku dicampak2 sesuka hati. hal inilah yg bawak aku masuk bilik ketua bidang sains pg tadi..alasan yg aku dapat, sebab kekurangan guru sains f3..apehal lak kurang guru sains f3,aku yg jd mangsa?at the end,barulah kantoi..hanya disebabkan PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) kebanyakkan guru lari lintang pukang xnk mengajar f3..wahh,terima kasih kpd sebilangan golongan itu. great job!

tapi bagi aku, semua tugas ini akan aku pikul dgn sebaik mungkin biarpun susah untuk di hadap pada mulanya..namun bila difikirkan semula, lbh baik mencuba dulu..dari situ kita akan kenal kemampuan dan kelemahan kita..betul x?

insya Allah, aku akan cuba buat yg terbaik..kalau boleh aku nak buktikan aku mampu untuk lalui semua itu..biarpun rs ditindas..namun, Allah adalah pembela..pasti akan ada penyelamat untuk setiap situasi..aku percaya kuasa itu..insyaAllah..(senyum)..btw, 

SALAM TAHUN BARU 2014


p/s: moga perjalanan ini semakin dipermudahkan..aaminn