Wednesday, January 1, 2014

ENTRI pertama di tahun baru 2014

No comments:

first day masuk sekolah..adehhh..mcm2 perkara kena siapkan... Tahun 2014 menyaksikan semua pembaharuan dalam jadual aku sebagai guru di SMJK SEG HWA. Tahun ni aku di paksa rela untuk mengajar PSV F5..biarpun sebelum ni aku ada pengalaman mengajar seni f4, tapi bila menghadap kelas peperiksaan ni,aku rasa sedikit terbeban. Di tambah lagi dengan tugasan kerja kursus. semua tu aku perlu belajar dalam masa yg sama aku kena kejar masa siapkan tugasan bersama pelajar..adehhh..

Yang paling best, aku kena ajar semula f3 sains..aku pun x sangka selepas hampir 4 tahun aku take over sains f4, tiba2 tahun 2014 memaksa aku menggalas subjek tersebut..kesudahannya,semua kelas f4 aku kena tarik..sedihnya hati. yelah,dalam 4 tahun tu dah byk material aku kumpul tuk mengajar..tp akhirnya,kena mula balik dgn sains f3..now,semua da reset.mula dari zero..aku pun heran,kenapa aku dicampak2 sesuka hati. hal inilah yg bawak aku masuk bilik ketua bidang sains pg tadi..alasan yg aku dapat, sebab kekurangan guru sains f3..apehal lak kurang guru sains f3,aku yg jd mangsa?at the end,barulah kantoi..hanya disebabkan PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) kebanyakkan guru lari lintang pukang xnk mengajar f3..wahh,terima kasih kpd sebilangan golongan itu. great job!

tapi bagi aku, semua tugas ini akan aku pikul dgn sebaik mungkin biarpun susah untuk di hadap pada mulanya..namun bila difikirkan semula, lbh baik mencuba dulu..dari situ kita akan kenal kemampuan dan kelemahan kita..betul x?

insya Allah, aku akan cuba buat yg terbaik..kalau boleh aku nak buktikan aku mampu untuk lalui semua itu..biarpun rs ditindas..namun, Allah adalah pembela..pasti akan ada penyelamat untuk setiap situasi..aku percaya kuasa itu..insyaAllah..(senyum)..btw, 

SALAM TAHUN BARU 2014


p/s: moga perjalanan ini semakin dipermudahkan..aaminn