Wednesday, October 16, 2013

Done

No comments:

Dalam satu nafas,dalam satu post..everything is done..aku da mampu melangkah untuk chapter seterusnya..

Eveything aku serahkan pada ya-Rabb..tawakal hanya padaMu..

Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat teliti dan terbaik..aku percaya pada janjiNya..Dia xkan sia2kan permintaan hambaNya..percayala..

aaminn,insyaAllah

Tuesday, October 15, 2013

Hadiah aidiladha 1434H

No comments:

Tahun ni dapat beraya kat kampung..tp yg maha sedih,pg raya kena siap2 balik segamat..nasebla..

Nak jadikan crita,tahun ni aku yg kena berkorban..adehhh.tp xsebesar mane pengorbanannya..hehee

Dua hari sebelum hari raya,dapur kt umah hampir terbakar (mcm serius)..xdela serius sgt.tp kalau biar,mahu satu rumah terbakar..paling kurang jd tajuk utama berita laa..tp naseb baik petang tu aku ada kt umah,sempatla selamatkan kebakaran tu dari merebak..tiba2 aku diangkat jd firewoman..hehee..

Cuma naseb x mnyebelahi aku,waktu operasi menyelamat,kaki aku terpijak api..time panik,xsedar kaki sakit..bila keadaan da selamat,terus sakit menyerang..rupanya2 tapak kaki dah melecur..baru sedar,time aku padamkan api tu,aku terkena plastik yg terbakar..sampai melecur tapak kaki..tanpa byk fikir,aku pun letak mnyak gamat..trase kurang sikit sakitnya..

Dua hari kat umah,da mcm org OKU..nak2 time solat,adehh..tapi xde plak aku terpikir nk melawat doktor..aku wat2 pandai letak kapas ngan sapu minyak.sampai ari nk balik segamat,tetiba da berdenyut balik..aku mmg syak kena infection.kebetulan kena ari rya,confirm2 la klinik tutup..so,aku paksakn diri drive balik segamat.sampai sini,naseb baik ada org bawakkan g klinik.thanx k.zailah..hehe

Hasilnya,dapat mc,kena makan ubat,kena sapu krim.itula pengorbanan yg x sberapa.huhuuuu

P/s:doktor pesan,kalau kulit terbakar sampai mengelembung air..biarkan.ye,biarkan.jgn pandai2 kuarkan air tu..nanti infection.lg parah.thanx doc..#^_^

Thursday, October 3, 2013

Ubat rindu

2 comments:
Andai kita rindukan seseorang..kita x harus luahkan.nanti tuhan akan kurangkan rasa itu bagi mengelak ia memakan jiwa kita...tp jadikanlah rindu itu sebulat doa untuk disampaikan kepada dia..itu lebih afdhal,malah kita pun dapat pahala di samping rindu kita terubat dgn redha dari Allah..cuba dulu dik..#^_^

Tuesday, October 1, 2013

Teknologi ke belakang

No comments:
Tengah hangin ni,tp sempat nk conteng blog..al kisahnya, nak printing paper tuk sains nih..tp 1 page amek masa sampai 5 minit..adehhhh!!
Nak acces pendrive punyalah lama,macam nk masuk fail security CSI..!!tak tahu la ape kisah di sebalik cpu nih..aku pun try la cek tahun keluarannya...state kat situ,2005.....ermm,xdelah mcm ke belakang sangat.masih lagi dalam abad 20-an..bila dikira2,da nak masuk 8 tahun komputer ni berbakti..da berapa byk file yang tak terproses,x delete..cuba korang semua bayangkan!
Kat dekstop je bersepah file,tiada yg sanggup nk susunkan or hapdet file2 tu.klu ikutkan hati aku,nak je delete semua dan buat defragment manual..masalahnye,ni bukan harta aku..tp harta kerajaan malaysia.xleh nk buat ape dah!!
Di zaman teknologi canggih sekarang,perkara mcm ni xpatut berlaku.smua orang mahu bergerak pantas..andai teknologi yg digunakan bergerak kebelakang,tidak lagi relevan untuk digunakan..betul x?
Betapa nak print satu page,bleh siap satu entry..last2 aku out,buang masa je!!da...

Saturday, September 28, 2013

Cerita dunia semata-mata

No comments:
Berdosa x kalau aku mematahkan harapan orang lain?..sebelum mereka terus hanyut meletak harapan,aku rs itulah cara terbaik yg ada...aku x rasa itu kejam. Andai aku teruskan,mungkin kekecewaan itu lbh besar. Dan jalan terbaik adalah..full stop (.)
Aku sendiri pernah melalui perkara yg sama. Dilukai,dikhianati..tp itu tidak membentuk dendam dalam diri aku..cuma bagi aku,hati aku lebih terpelihara..dan hati aku belum bersedia untuk semua tu..
Tapi aku x nafi,aku rindukan perasaan dulu..perasaan yg hadir sebelum hati ini terluka..tipulah kalau x pernah rs sayang,rindu pada seseorang..semua perasaan tu dah lama pudar..bestnya kalau aku berpeluang untuk merasainya sekali lagi..di mana,siapa dan bila..tu semua belum aku mampu jawab. Kerana semua itu telah tersusun buat aku..
Aku berharap aku mampu untuk lalui perjalanan ini biarpun sendiri..hingga pada saat itu tiba..
aamiin,in sya Allah

Saturday, September 21, 2013

3 cara ringkas untuk beramal setelah mati (gambar)

No comments:

tanamlah dirimu dalam tanah 'kerendahan', sebab tiap sesuatu yang tumbuh tanpa ditanam maka tidak sempurna hasil buahnya..

"IKHLAS itu 'jiwa' dalam beramal

Tuesday, August 27, 2013

Rendaman kaki dan sakit kepala

No comments:
Dari petang tadi lg,kepala berdenyut2..Last2,mlm ni terus panaskan air..letak dalam baldi,cmpur sket ngan air sejuk..bl da mcm hangat2 airnya,terus rendamkan kaki..waktu mula2 tu trasa perit kt kulit,tp bila da lama tu rasa selesa sangat...lepas 15minit, badan rasa berpeluh..sakit kepala bndenyut pun beransur hilang..alhamdulillah.
Rupanya,rendaman kaki dalam air hangat ni banyak khasiatnya cuma org kita jarang amalkan. Salah satunya,dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh serta membaiki aliran tenaga dalam badan. Sbb tu rendaman kaki ni boleh kurangkan sakit kepala. Kalau ada sape2 yang baru2 nk demam atau selsema tu eloklah buat cara ni. Dengan izin Allah,boleh sembuh.
Lagi satu,girl2 yang mengalami simptom2 pre period tu,elok buat. Sbbnya,ia dapat mengurangkan tekanan,stress,perjalanan hormon dalam darah akan lebih stabil. Jadi sebelum nak period tu,lebih baik amalkan mandi air hangat. In sya Allah
Yang paling best,bila rendam kaki dalam air panas ia dapat menanggalkan sel2 kulit mati yang menempel kat kaki tu.maka hasilnya,kaki lebih mulus dan sihat malah lebih cantik..♥♡

Tuesday, August 20, 2013

Harapan

2 comments:
"Beban dalam hati,mengganggu hari-harimu..menjadikan hidupmu sentiasa resah dan gelisah...andai itu yang kamu lalui,lepaskan ia..luahkan segala bebanan itu..leraikan puncanya.


Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada penyelesaiannya..
Namun,untuk berdepan dgn penawar itu..dirimu harus kuat dan tekadkan hati.sediakan dirimu dengan sifat keterbukaan dan mampu menerima kelemahan yg ada..optimis adalah pilihan terbaik.selain dapat mengajar jiwamu untuk beralah..
Ego dan keras hati tidak akan membuat jiwamu tenang malahan sedikit demi sedikit ia memakan ketenanganmu.

#berundur tidak bererti tersungkur,menyerah tidak membawa kalah..sandarkan harapan padaNya,kekecewaanmu akan terubat.
Wallahualam"


Sunday, August 18, 2013

Palitan realiti dan anganan

No comments:

mengapa selalu terjadi dlm kehidupan,apa yg kita mahukan tidak seperti apa yang kita dapat.adakah usaha kita belum mencukupi atau ia adalah permainan takdir?

mungkinkah diri tergolong dalam mereka yang tidak bersyukur?ampunkan aku ya Allah..aku lalai.

semua manusia mengejar kesempurnaan sehingga lupa apa yg ada dalam genggaman.namun itulah kelemahan besar kita.kita lupa untuk menghargai keistimewaan yang kita ada kerana terlalu asyik dengan kelebihan yang ada pada orang lain.sedangkan apa yang kita ada jauh lebih baik dari apa yang kita lihat..di situlah terletaknya ujian Allah..ujian untuk menilai dan menerima seadanya apa yang telah dikurniakan tuhan..dan segalanya akan menyinar hanya bila kita telah kehilangannya..dan waktu itu sudah terlewat untuk kita mengejarnya...
wallahualam..

#izinkan mimpi membalut luka kepahitan realiti..

Saturday, August 17, 2013

Friday, August 16, 2013

Cerita sebelum lena

No comments:
Hujan dipagi hari..jam digital nset aku ni da nak masuk 2 pagi.mata pulak tak lelap..nak mereka karangan,mcm takde idea lak...
Tapi xleh nak nafi,hati aku tengah demam sekarang..entah demam ape yg melekat,aku pun x pasti..cuma Allah je la yang tahu ape yg jadi pd hati aku ni..
Tetiba ingat kat seseorang..entah ape sebab xde angin bertiup pun,hilang kabar berita bersama2 dia skali..agak2 makan hati ngan kata2 aku ke..atau dia dah hilang ingatan,sbb tu lost contact kot..(reka cipta cite)..tp sempena aidilfitri ni,aku mtk maaf ngan dia,takut2 la dia makan ht ngan aku..da abis pasal dia.hutang duit raya ngan aku tu (rm2)
Aii,tiba2 je mata ngantuk??magik nih..mungkin muzik alunan hujan kat luar tu membuai sensor mata aku nih..hihihi
#rasa mcm cepat je pulak masa cuti nih..malas betul nk menapak balik ke segamat..adehhhhh
"Diri selesa memilih untuk berahsia...dengannya,jiwaku lebih terpelihara"

Thursday, August 15, 2013

Pengorbanan yang ternafi

No comments:

Sedih.marah.terharu.terkilan.gembira.

..semua perasaan jadi satu..kenapa hanya dengan khabar itu membuat aku keliru...perasaan manakah yang harus aku pegang?

Pengorbanan itu tidak layak untukku..

Pengorbanan yang menyusul selepas penafian membuatkan akal berhenti..bagaimana harus aku tetapkan hati untuk teruskan perjalanan?

Untuk mereka yg pernah hadir dlm perjalanan ku..penafianku bukan beerti ku tidak menghargai,namun ia adalah sebahagian pilihan yang telah tercatat..

kepada kalian,terima kasih adalah perkataan yang terbaik.Maafkan segala khilafku..ku hnya hamba yg penuh kekurangan..mencuba untuk jadi yg terbaik.

"Diri selesa memilih untuk berahsia,..dengannya,jiwaku lebih terpelihara"

Tuesday, August 13, 2013

Ku bahagia

No comments:

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku ...

Friday, August 2, 2013

Perjanjian hati

No comments:

Uniknya perjanjian hati antara dua insan..mcm mane perasaan itu mampu dikekalkan tnpa sedikit guris..?

Saturday, June 8, 2013

DAMAI di hati

1 comment:
Carila kedamaian dalam hatimu..damai yg mampu memberi kekuatan untuk hadapi ujian dunia..walau segunung beban yg tergalas namun ianya ibarat memikul segumpal kapas di tangan..jadikan setiap kejadian dan ujian itu seperti kitab hidupmu..sebagai bekal perjalanan mengorak ceritamu..cekalkan jiwamu dengan bait2 doa dan istighfar kerana itulah yg akan menyinari jalan takdirmu..doaku semoga kita mampu untuk menjadi umat terbaik yg dipilih untuk menatap wajahNYA di akhirat nanti..in sya Allah..AAMIINN..♡♥

Monday, June 3, 2013

Bentuk hati yang indah ♥

No comments:
Untuk merawat hati,tiada jalan mudah..tiada shortcut.sbb tu kekadang kita leh dengar,org bunuh diri disebabkan tekanan jiwa,putus cinta.hanya mati yang boleh menamatkan cerita.sedangkan sebuah perpisahan atau kehilangan bukanlan pengakhiran hidup seseorang.Ia hanya penamat cerita seseorang itu dalam perjalanan hidup kita.Kita tetap akan teruskan perjalanan dengan kehadiran dia ataupun tidak.
Setiap orang akan menghadapi perpisahan,kehilangan.Cuma bezanya,cara seseorang tu menerima ujian tersebut.Namun,berdasarkan pengalaman lia..seperit mana kehilangan itu,penawarnya terletak pd diri sendiri.Walau seribu sokongan yg datang,namun perubahan terletak pd diri kita.sekiranya diri memilih untuk terus bergelumang dgn kesedihan itu,maka itulah yg akan memerangkap diri.Jalan terbaik adalah lakukan perubahan.Berubah untuk diri sendiri.Cuba untuk jadi yg terbaik untuk diri sendiri.Kerana,bila dirimu menyayangi diri,maka perkara baik akan pasti mengelilingimu.
Leraikan segala kekusutan,dendam dan kesedihan serta kemarahan yg menghias hati..bentukkan hati dengan menyemai sifat2 sabar,jujur,ikhlas dan redha.Bila hati yang indah terbentuk dalam diri,maka aura positif pasti akan mempengaruhi minda kita.Kita akan jadi lebih kuat dan tabah dalam mengharungi ujian hati.Apa yang penting,setiap perlakuan,doa dan harapan biarlah bergantung kpd Allah..mengadulah padaNya,maka hatimu akan selamat. In sya Allah..♡♥

Saturday, June 1, 2013

Nikmat bersyukur

No comments:

Apabila dirimu redha dgn ketentuanNya,maka satu persatu perkara baik akan mendekatimu..sabarla hati..Tuhan tetap bersamamu...♥♡

Monday, March 4, 2013

Manusia & lalai

No comments:

Kelalaian..mengapa manusia mudah tergoda dgn kelalain..bagaimana diri kita senang untuk jatuh dlm keadaan lalai..kadang2 kita memang cuba mengelak untuk semua itu,namun lumrah manusia yg bersifat lemah. Jiwa akan hanyut dgn kesempurnaan..

Kasih sayang Allah & dugaan

No comments:
Sukarnya bila berhadapan dengan pilihan..antara bahagia dan derita,ada satu garis halus yg sukar untuk ditafsirkan. Namun,pastinya setiap org pasti memilih untuk bahagia..tapi sedarkah kita, tidak semua pilihan yg kita buat itu adalah yg terbaik untuk kita..andai kata sekarang kebahagiaan melintang di hadapan,adakah ia pasti kekal milik kita selamanya..?

"Jalan bahagia itu adalah onak duri"

...apabila seseorang mampu untuk mengharungi satu kesukaran yg berat untuk dirinya, disitulah letaknya kebahagiaan..ujian Tuhan tidak berhenti pada satu episod..ia pasti akan mendampingi perjalananmu..namun apa yg pasti, Allah amat mengetahui kekuatan hambaNya..hanya mereka yg layak sahaja dipilih untuk menerima ujian tersebut..tahniah untukkmu, kerana itulah bukti Allah menyayangimu... ♥♡

Wednesday, January 30, 2013

StrawberryNET, Gucci Envy Me dan Pos Laju

No comments:
Hihii..akhirnye sampai jugak Perfume Gucci ENVY ME ke tangan lia..da seminggu lebih menunggu delivery dari StrawberryNET..lia ingatkan company ni ada store kat malaysia,rupa2nye barang tu diorang send dari oversea (sweden kot,refer pd alamat),...guna national post @ Pos Laju je..patutla lama nak sampai sini..
Perfume ni memang wangi..lia pernah guna sebelum ni..tp ni first time beli dari StrawberryNET. Alhamdulillah,dapat jugak..x sabar rasanye nak guna..
GUCCI Envy Me ni kecik je..dalam 30ml/1oz je..Lia pilih Edt spray..yang ni pun harganye dalam RM 182 sebotol..klu nk 60ml pun ada..tp mahal lg la regenya.takpela..ini pun da ckp tuk lia..sape2 yg berminat nak beli perfume yg original by online cubala StrawberryNET.com mmg best!

Sunday, January 20, 2013

Love knows the truth~

No comments:

“when you really matter for someone, that person will always find a way to make time for you, no excuses, no lies, no broken promises.”

Wednesday, January 2, 2013

2013

No comments:
Hari pertama tahun baru...hari pertama gak lia masuk skola..perhimpunan pertama..dan..paling penting sarapan pertama di tahun baru..segelas hot coklat+roti..huhuu.
Namun,ari pertama menyaksikan byk perkara yg perlu diselesaikan..biasala,keje cegu kan..tu satu hal..
Satu hal,ari ni gak dapat tahu sesuatu yg bg lia agak megejutkan..nt lenkali lia kongsi..huhuu..ape2 pun,moga semua dapat doakan yg terbaik buat lia di tahun 2013..
As i said at end of 2012,the 2013 will be my year..and i'll try my best to complete my goal..aamiin,insyaAllah~

P/s:
When I give you my heart, I do not give you the authority to rule it, abuse it or use it. I give it to you because I trust you enough to take great care of it