Monday, September 24, 2012

Syukur atas nikmat itu..

2 comments:
bersyukurnya diriku kerana dikurniakan kesempurnaan yang tidak terbatas...terima kasih ya Allah atas ujian ini

alhamdulillah~

Saturday, September 8, 2012

Rahsia Perjalanan Hidup

2 comments:
kita melangkah sehari2 tanpa kita sedar setiap langkahan yang dibuat itu adalah  tanpa ilmu dan pengalaman tentang kehidupan. Hidup hanya sekali, dan jelas kita tidak mampu mengundur setiap detik yg berlalu..sedar atau tidak detik itu terus berlalu...

Namun, kita patut berbangga...kerana walau pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang perjalanan, kita tetap meneruskan langkah. Berani mahupun tidak, kaki tetap melangkah seiring dengan masa yang menjadi pengubat bagi semua perkara.

Hidup ini bagai sebuah pentas untuk kita melakar satu cerita..selagi kita masih bernyawa, pentas itu tetap berlansung dengan pelbagai plot. Ada yang gembira, ada plot sedih dan ada juga yang mengharukan. Semua plot ini dihiasi dengan pelbagai perasaan. Namun yang pasti, setiap lakaran cerita berakhir mengikut pilihan takdir masing-masing. Doaku semoga setiap orang memiliki pengakhiran yang terbaik bagi perjalanan hidup mereka.


Bagiku, perjalanan hidupku ini hanyalah untuk mencapai satu matlamat..matlamat yang telah lama terdiam di hati. Ia mungkin sukar dan tak mudah, namun ku tetap akan mencuba yang terbaik. Apa yang pasti, Dia tetap di sisiku untuk terus memberiku peluang untuk mengejarnya. InsyaAllah..

Bukan mudah untuk mendapat syurga Allah


Friday, September 7, 2012

Pelajaran Cinta

No comments:

Pelajaran Cinta


1) Ikhlas dalam bercinta.

- andainya bercinta hanya kerana rupa mahupun harta, cinta itu akan layu menjelang kikisnya harta dan rupa. Mulalah percintaanmu dengan niat yang betul. Sebaiknya biarlah ia berlandaskan agama. Ini sekaligus mengukuhkan lagi hubungan yang bakal dibina.

2) Terima seadanya
- selalunya dalam bercinta, tak kira perempuan mahupun lelaki masing-masing pasti mahukan yang terbaik dari pasangan. Belajarlah tolak ansur dalam setiap hal biarpun seremeh mana pun perkara tersebut. Terimalah pasanganmu dengan seadanya. Tidak semestinya kelemahan yang ada pada dirinya membawa keburukan padamu.

3) Keterbukaan hati
- Semua orang semestinya menginginkan hubungan yang berkekalan, namun kadang - kadang panas yang disangka tidak sampai ke petang. Saat itu, keterbukaan hati pada setiap kemungkinan yang bakal terjadi amat diperlukan. Lumrah kehidupan, setiap yang bertemu pasti akan ada pengakhiran. Tidak salah untuk mengukir impian, namun dirimu perlu bersedia untuk menghadapi setiap risikonya.

4) Redha
- untuk mendapat cinta yang kukuh, iringilah hubungan itu dengan restu dari penjagamu. Perjalanan cinta yang ingin ditempuhi tanpa ilmu dan pengalaman pasti amat sukar. Dirimu mungkin tersilap langkah tanpa bimbingan dari mereka. Kongsikan setiap perasaan yang kamu alami bersama mereka kerana mereka lebih faham tentang kehidupan. Semua ini pasti akan memberimu lebih ketenangan dan kebahagiaan.

5) Jaga pergaulan
- tetapkanlah pada hatimu satu prinsip pergaulan. Jaga adab pergaulan antara kamu. Jangan memulakan perkara yang akan melanggar prinsip dalam pergaulan. Asaskan hubungan pada Islam kerana setiap pergaulan antara lelaki dan perempuan, pasti akan ada yang ketiga. Mengembara dalam cinta itu tidak salah, tp pastikan ia menurut syarak. insyaAllah dirimu pasti akan berbahagia. 

Wallahualam

Saturday, August 11, 2012

Iklan Ramadhan Bernas 2012 yang menyentuh hati

No comments:
first time lia tengok iklan ni, beberapa hari lepas kat TV3...tak sangka plak bernas juga fikiran 'BERNAS'..once lia tengok terus hati tersentuh ngan iklan ni..sedih mengenang nasib si anak yatim yang x punya sesiapa..menyambut lebaran dalam keadaan sederhana..sungguh besar dugaan bagi mereka..iklan ini menyedarkan lia, betapa 'BERUNTUNGNYA' diri kita yang dianugerahkan dengan kesempurnaan...rasa nak menitis air mata mengenang nasib mereka...semoga Allah memudahkan jalan bagi mereka...aminn



p/s: kalau perasan, iklan ni ada sebut segamat...ermmm,mcm kenal je tempat ni..?

Wednesday, April 4, 2012

kecantikan

2 comments:
Siapa yang mampu menafsirkan tentang erti kecantikan sebenar??pengertian kecantikan itu bergantung kepada pandangan masing2...jadi setiap orang pasti mempunyai kecantikan yang tersendiri..banggalah menjadi diri sendiri kerana pasti tiada yang kedua sepertimu...

Namun,apa yang pasti lia tetap bersyukur atas segala kurniaan keatasku...peace yaww..:)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

Kelebihan Nikah

1 comment:
     
Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
Cium isteri ~ dapat PAHALA!
Renung isteri ~ dapat PAHALA!
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA
Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
Suami meniduri isteri ~ dapat PAHALA!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Monday, February 20, 2012

telingaku dan vertigo

2 comments:
assalamualaikum semua...
hari  ni lia bersyukur kerana dah sihat sepenuhnya..
terima  kasih kat Ku ngan Cik sbb berlelah datang  jaga lia kat sini...:)


sebenarnya 2  hari ni  lia brapa nk betul..
sebabnya lia diserang 'Vertigo'
Optokinetic nystagmus.gif


VERTIGO??


apa tu??
sebenarnya, VERTIGO itu adalah keadaan di mana seseorang mengalami
ke'PENING'an, muntah2 dan meloya (mcm simptom peknen lak)..hihi
ia berlaku kerana ketidakseimbangan tekanan di dalam bahagian telinga..
dalam telinga kita, ada satu sistem tu yang mengawal keseimbangan..
sistem yang mengawal keseimbangan 
alhamdulillah, selepas jumpa doktor barulah lia sedar..
semua ni berlaku sebab kecuaian lia gak..
VERTIGO ni boleh berlaku sekiranya korang bangun tidur 
dalam keadaan terkejut, dan terus berdiri..
ini akan mengganggu keseimbangan tekanan dalam bahagian telinga tengah..
dijadikan cerita,pagi tu mmg lia terkejut ngan kehadiran pakcik plumber, nak datang baiki paip..
tgh syok2 tidor,terus bangun melompat pergi bilik sebelah sebab nak kejutkan member
(awal lak pakcik tu datang...adooii)
time  tu  jugaklah, lia  menderita...serik2


p/s: jangan tido lewat,lepas baca ni, terus tido tau...:)
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Sunday, February 19, 2012

KFC dan sepinggan sos

3 comments:
bestnya makan2 kat KFC...tapi kalu pergi slalu,bosan gak..kadang2 bila teringin nak makan ayam KFC,leh la layann. selalunya kat situ, lia pilih snack plate la ( bukan 'snake plate' ar!)..tapi hari ni lia amek nasi ayam..first time makan nasi ayam tanpa sup!..memang terkejut gak,yerla..time order tak cek betul2..bila dak habis baca Bismillah..rupa2nya, TAKDE SUP!!..hahahaa..last2, air PEPSI itu la yang jadi sup..!
Colonel Chicken Rice Combo
Time syok layan NASI AYAM KFC tanpa sup tu, lia ushar2 la orang yg makan kat situ. Kebetulan lia park betul2 depan tempat SOS..tiba2 datang sorang mamat ni, bawak pinggan kat tangannya..agak2 korang,ape yang mamat ni nak??


'SEPINGGAN SOS'!!!


mak aii,punyalah lia terkejut..mamat ni bantai sos tu sampai sepinggan. Dalam hati, "mungkin dia nak amek tuk satu family,bijak2"...selidik punya selidik, rupa2nya dia nak makan BERDUA!!....Aii,takkan sampai nak makan sepinggan sos tuk 2 orang makan..ape yang terlintas dalam hati, "membazirnya!!".Walaupun dah bayar skali ngan GOV TAX, tapi tak perlu la sampai mcm tu skali.


~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Saturday, February 18, 2012

"Berapa jumlah UBAN yang ada pada RAMBUT RASULULLAH??"

No comments:
hari ini di sekolah ada wat sambutan Maulidur Rasul 2012..mcm biasa tugas lia adalah untuk buat backdrop untuk majlis tu..erm, lia pun bkn pandai pun..jd lia guna mane2 pic,edit sket2..siap!ini la hasilnya.. 
Photobucket
aktiviti  majlis Maulid Rasul tahun  ni  pun sama mcm yg lepas2. Penceramah yang dijemput adalah seorang ustaz yang mengajar di SMA Khairiyah (betul ke ejaan ni?)

..apapun, byk yang lia pelajari dalam ceramah tu..smuanya berkenaan dengan sifat dan cara untuk mencintai Rasul Allah S.A.W..tanpa kita sedar, hanya mulut mengakui kita menyintai Kekasih Allah itu namun hakikatnya kita lansung tidak arif siapa dia sebenarnya..


لا يؤمن أحــدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين
maksudnya: Tidak sempurna iman kamu sehinggalah aku menjadi yang paling dikasihi melebihi kasihmu pada bapamu, anakmu dan seluruh manusia

inilah hakikat umat Nabi Muhammad S.A.W sekarang..kebanyakan mereka lalai dengan dunia..klu betul dirimu menyintai Rasulullah S.A.W
"Berapa jumlah UBAN yang ada pada RAMBUT RASULULLAH??"
~berapa ramai yang boleh bagi jawapan..??lia sendiri pun tertanya2..namun itula hakikat sekarang..sekiranya RASULULLAH S.A.W belum wafat, pasti dia merasa sungguh sedih dengan keadaan umatnya..sesungguhnya kita ini sepatutnya bertuah dilahirkan sebagai umatnya kerana di akhirat nanti, SYAFAAT dari Rasulullah S.A.W inilah yang akan menolong kita..bukan dari hartamu, suamimu atau saudara2..
wallahualam
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Friday, February 17, 2012

(video)~suara yang mengagumkan...

No comments:
tadi time lia buka FACEBOOK..tiba2 lia ternampak video ni...semua orang komen suara budak ni sedap..bila klik jer, rasa mcm x percaya jer suara ni betul2 dari budak ni..memang merdu dan unik..ada dua video yang diupload.katanya budak ni berasal dari BRUNEI..ermm, kecik2 dah suara mcm ni..mintak2 dah besar nanti jadi orang yang berguna...



kalau la dia boleh mengalunkan ayat2 al-Quran, mesti semua terpikat dengan bacaannya..aminnn

Monday, February 13, 2012

7 penyebab kepada keletihan

1 comment:

pernah terasa badan seakan-akan lesu dan sangat letih..walaupun jam tidur cukup,tapi badan tetap terasa letih..cuba teliti sebab2 yang tersenarai..mungkin ada tanda2 yang ada pada dirimu...



1)  Kekurangan darah ~ digalakkan untuk mengambil makanan seperti brokoli, daging merah, bayam serta supplement

2) Kekurangan Hormon Tiroid ~ kekurangan hormon ini menyebabkan metabolisme badan menurun.Rawatan susulan     diperlukan

3) Jangkitan Kuman air kencing (UTI) ~ Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan    rawatan termasuklah ubat anti-biotik

4) Terlebih caffeine ~ nak minum kopi, coklat ataupun minuman berkafein dibolehkan tapi jangan keterlaluan...

5) Alahan makanan ~ awasi segala pemakanan dan diet seharian..mungkin dirimu alah dengan nasi..hihihi

6) Sleep Apnea ‘Sleep Apnea' adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Rawatan susulan diperlukan 

7)  Lemah Jantung ~ jagalah jantungmu dengan baik...


perhatian : artikel ini untuk bacaan kaum ibu yg hamil....tahniah untukmu..


Friday, February 3, 2012

Perjalananku..

2 comments:



hidup ini adalah satu perjalanan...bagi lia, setiap orang mempunyai kisah hidupnya yang tersendiri..baik buruk setiap kejadian memberi pengalaman kepada diri..namun, semakin bertambah usia, lia semakin jelas dengan apa yang lia inginkan di dalam perjalanan ini..setiap perkara yang berlaku sebenarnya mengajar lia untuk menjadi insan yang terbaik..kerana lia sedar, tanpa ujian dari tuhan..lia x kan tahu kemampuan diri sendiri..dan sekarang lia rasa tenang kerana Allah tidak pernah meninggalkan diri ini..terima kasih ya Allah..betapa ku amat merindui redhamu...mudahkanlah jalanku..aminnn

Wednesday, January 18, 2012

tahniah buat sahabatku...:)

2 comments:
assalamualaikum semua..tak jawab berdose..hihii..gurau je yunk..


my best friend....:p

Photobucket
last dapat kuar bersama2 time bujang...huhuu

lia xder ape nk buat malam ni..tiba2 je teringat gambar2 nih..terus lia upload kt blog..sebenarnya, inilah sahabatku sejak sekolah lagi..lama xdapat jumpa..ini last pertemuan tmpoh hari..waktu tu lia mmg pergi putrajaya semata2 nk jumpa dia..jd,di kesempatan ni lia nak rakamkan jutaan tahniah buat ma dan pasangannya..dia bakal mendirikan rumahtangga 21 jan 2012 ini..huhuhu...sedeyh lak rasanya..bukan ape, lepas ni xleyh dak hang out ngan dia..maklumlah dah dapat housemate baru..hihii..ape2 pun, lia wish dia happy together..semoga ikatan yang terjalin nati akan berkekalan hingga akhir hayat, insyaAllah

Sunday, January 8, 2012

perjalanan waktu yang menguji...

No comments:


PERKENALAN itu amat menyeronokkan....
PERCINTAAN itu sangat mengasyikkan....
PERKAHWINAN itu memberi ketenangan....
namun,
PERCERAIAN itu terlalu menyakitkan....
PERPISAHAN itu sesungguhnya menyeksakan....
"..bertuahla mereka yang tidak melalui ujian yang memeritkan itu.."