Wednesday, December 29, 2010

penjaga gol Malaysia selamatkan negara dalam AFF suzuki Cup 2010

6 comments:


Tahniah buat Harimau Malaya….sebesar2 terima kasih kepada pasukan bola sepak Negara kerana berjaya menundukkan pasukan Garuda Indonesia…


Kepada Khairul Fahmi,penjaga gol Malaysia…yang telah banyak menyelamatkan serangan berapi dari pasukan Indonesia..
ternyata penampilan beliau amat membanggakan..!!!

Beliau terbukti hebat apabila beberapa sepakan penalti berjaya ditepis dengan mudah..
Tahniah!!

Sape2 yang tidak mengenali Khairul Fahmi, bolehlah mengunjungi page beliau di facebook






Antara wajah2 dan aksi beliau yang sempat dirakam lensa kamera sepanjang penglibatan beliau…..


<---Nanged if u like..tQ

Tuesday, December 28, 2010

Cinta baru Cadbury BOurnville Simply Dark

8 comments:


Tada...!!!!
Hah,inila kegemaranku...my favorite choc..Cadbury bournville simply dark..ni jenama baru dari syarikat cadbury..first try,rase mcm pahit skit..tp sebenarnya,eeeemmmm..cubalah sendiri...hihihii


..yerla,nk beli Ferrero Rocher..x mampu..hikhikhik
Actually,choc ni baru je masuk list fav..sebelum ni, lia layan Cadbury roast almond..
Tapi untuk Cadbury bournville nip on,ader gak yang almond..tp ari tu time nak beli,da abis..huhuuu..amek  je la yang simply dark ni..tp dua2 pon best..rase coklatnya lebih skit berbanding Cadbury biasa.


myREVENGE:..best gak kalau mintak hantaran nih...MSN Onion Icon


<---Nanged if u like..tQ

Tuesday, December 14, 2010

sesuatu dari 31 disember '02

9 comments:



Di dalam kehidupan seharian
Kadangkala perkara yang menyusahkan terjadi
Menganggu fikiran, jiwa dan emosi
Segala perkara yang dibuat..
Menjadi serba tidak kena..

Alangkah indah sekiranya…
Ada seseorang yang boleh membuatkan
kita lupa akan perkara tersebut

Walaupun…


Hanya dengan menatap wajahnya….


myREVENGE:...tulisan itu mencatat hidupnya..





<---Nanged if u like..tQ

Monday, December 6, 2010

air mata terlukis lagi..

10 comments:



Kerana cinta itu..
hati ini menangis lagi…
kerana sayang yang telah berlalu…
hati ini tidak mampu melahirkan kegembiraan lagi..
menangis kerana tidak dapat menahan kelukaan yang dikirim…

mengapa disalahkan hati ini,
Yang begitu sebati dengan ‘kesetiaan’…
Yang begitu taat pada satu ‘pengorbanan’…

maka….
Air mata  terlukis lagi……..

myREVENGE:...tabahkan hati2 mereka yang bersedih...amin

Sunday, November 28, 2010

soalan induksi

2 comments:
SOALAN INDUKSI


sesiapa yang akan pergi induksi..boleh review page ni...:)


untuk soalan esei.....SINI
tonggak 12...SINI
thanx to uploader...:)




sumber : http://www.scribd.com/doc/2252453/SOALAN-INDUKSI




<---Nanged if u like..tQ

Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

12 comments:
image

Mengigau blogwalking pepagi buta..
terjumpa la segmen dari BEN ASHAARI…mcm BesT..jd lia pun teruja
nak join Segmen ni..jom!!

ni list BLOG yang lia suka BertandanG dan menempel Cop Mohor kat situ..

(selalu bagi semangat dan inspirasi untuk berBlog..)

(akak Teratai Cayunk..selalu datang MenJengah Bertanya khabAr..tHanx Kak..)

(..blog ni selalu je kuar perkara Yang menarik..ade je dia nak letak Dalam Blog Dia.)

(..suke melaWat Blog Adik Ni..comel2 entRY kat blog Ni..cayunk s!L4H...)

(..empunya blog slalu datang melaWAt dan Komen myREVEnge..thanx Zul..)


walauPun BYK lagi blog Yang lia suke Tp 5 je yang leh DikeluArkan..lia Mengetahui segmen ni Dari FiZZo ThaNx to Him...Onion Emoticon



<---Nanged if u like..tQ

Kegunaan Mister Linky

3 comments:


Jom kenal2 ngan mister LInKY..??sape tu..???


Mister linky adalah satu kemudahan untuk blogger2 untuk kenalpasti setiap pengunjung2 blog mereka..kehadiran mister Linky ini memudahkan reader untuk meninggalkan jejak tapak kaki masing2 di blog yang mereka kunjungi…

Macam mane rupa Mister Linky tu…???

Ini haa….



thanx to blog nina....misterLinky ni copy dari blog dia...

myREVENGE:..senang lia nak trace reAder kesayangan lia...Onion Icons

<---Nanged if u like..tQ

Tuesday, November 23, 2010

Iklan Dulu-dulu

2 comments:
Iklan ini ditayangkan pada tahun 1989..waktu tu lia baru 4 tahun. Baru tahu tgk tv..Kartina Aziz muda lg..bl tgk iklan ni, rase kelakar pulak…
imbas kenangan waktu kecik2..
lagu ni pernah dihafal dulu…hihii







Iklan - lain yang dah pupus di kaca tv sekarang...


Iklan BrylCream '93
myREVENGE: " rase macam nak kembali zaman tadika...best!!!..."MSN Onion Icon




<---Nanged if u like..tQ

Sejadah Corak Babi

No comments:
Sejadah yang terdapat corak babi (sumber: harian metro)




Lia terbaca metro pagi ini...ternampak tajuk utama...sejadah yang bercorakkan babi (minta maaf, terbahasa kasar)...
kejadian ini berlaku di Seremban. Menurut sumber,
 sejadah ini telah dibeli di sebuak
h kedai secara lelong 6 bulan lalu...baca lagi


Corak yang dimaksudkan..(sumber: harian metro)
 myREVENGE: '..berhati2 waktu membeli barang lelong.."






<---Nanged if u like..tQ

KIsah Cinta~ lovestory by taylor swift

No comments:



Love story…by a TayLor Swift


Suka sangat lagu ni..penyanyi pon cantik jer..
sepadan dengan suara..
lia tujukan lagu ini untuk semua follower myREVENGEzoNe3

myREVENGE: "doakan lia jadi `princess yang baik untuk my prince (still looking) yer...:)

Monday, November 22, 2010

KOLEKSI TUTORIAL

4 comments:


1)  Nak buat gambar bergerak2 dalam entry..


a GREAT credit to: Pn ROS

2)  Nak buat Link Hover...

tutorial dari Hana
a GREAT credit to: Hana comel


3) Reply to comment...

a GREAT credit to: babybiey


4) button addThis

a GREAT credit to: AddThis





Sunday, November 21, 2010

Zina Vs Solat

No comments:


Untuk satu ketika..terdetik keinsafan dalam diri..rasa takut menyelinap jauh di dasar hati bila terbaca satu blog yang bercerita tentang satu dosa.....

Sebahagian dari petikan dari entry tersebut..

……....Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril, "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" 
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada 1000 kali berzina"..sambungan




“..mcm mane status solatku..diterimakah solat2 aku selama ini..dimanakah tempat aku nanti…?”
Memang solat adalah tiang agama runtuh tiang yang satu tu..maka runtuhlan iman seseorang maka, sama2la kita perteguhkan solat..didoakan semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkatiNYA…amin..

Di sini, lia ada sertakan link yang menyediakan panduan lengkap tentang solat...klik
belajarla untuk solat
myREVENGE: "..moga solat kita diterimaNYA,amin..."


<---Nanged if u like..tQ

Saturday, November 20, 2010

Thursday, November 18, 2010

Adat Melupus Ayat Suci

2 comments:


SOALAN:
Saya menghadapi masalah menyimpan al-Quran usang yang banyak tersimpan di rumah. Al-Quran itu tidak dapat dimanfaatkan lagi....baca lagi
- REDUAN, Sungai Siput, Perak.









Kebanyakkan orang tidak mengambil endah tentang perkara ini, Pelupusan ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk perlu dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu Allah itu yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad dan panduan hidup umat Islam hingga kiamat. 


Namun, tidak semua tahu cara terbaik menguruskan ayat suci itu hingga ada kitab Al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak dibiarkan begitu saja. Malah, ada yang tanpa sedar melonggokkan Al-Quran bersama buku lain yang kemudian dijual di pusat pengumpulan barang terpakai...sebenarnya, terdapat adat dalam menghapus ayat2 suci ini....





Siapakah gerangan lelaki ini??


Dialah Pengerusi Pencetakan Saufi, Rahmat Mahdan....

Syarikat Pencetakan Saufi adalah satu syarikat Penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani yang mengumpulkan Al-Quran, buku teks, Yasin, risalah dan akhbar lama hingga kepada cebisan kertas yang mengandungi ayat Al-Quran. Pengumpulan ini adalah untuk memastikan wahyu Allah tidak diaibkan, terpelihara kesuciannya...



myREVENGE: "..sama2 la kita menjaga kesucian ayat2 suci kalam Tuhan..."


<---Nanged if u like..tQ

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha...:)

No comments:
Salam Aidiladha buat semua follower myREVENGE sama ada kat blogger mahupun di facebook serta twitter(walaupun jarang guna)..
Didoakan semoga ia membawa seribu erti dan keberkatan kepada kita
Amin..






myREVENGE"raye tahun ni sorang2 jer..sedeynyaaa!!!!!"

Monday, November 15, 2010

Keputusan Pertukaran Guru

4 comments:
Ingat x hari tu lia ada buat entry tentang pertukaran guru..result tu keluar ari ni..

15 nov 2010

Nak tahu keputusannya..????



myREVENGE:.....Onion Emoticon


<---Nanged if u like..tQ

Saturday, November 13, 2010

Aku dan Denai itu...

4 comments:
Aku dan Denai itu..


Hidup ini bagaikan satu perjalanan…

Perjalanan merentasi denai yang pendek..tetapi dipenuhi dengan duri dan onak…walaupun kita gerun untuk melangkah namun tetap gagahkan kaki menapak ke hadapan..tanpa alas sepatu, duri-duri bagaikan pisau tajam yang menghiris..ketika itu, kita tidak mampu lagi untuk mengundur..kerana langkah perlu diteruskan bagi mengakhiri kesakitan..tidak mahu lagi untuk mengulang dari awal, kesakitan yang sama..



Di hadapan,

Terpampang satu keindahan…



Gambaran pepasir halus pepantai yang merentang bagai mengubat kepedihan langkah kaki yang menapak..onak duri yang memfitnah kesakitan bagai mengundur dari arus jalanan..

tiba-tiba hati disergah penawar…



Dan sesungguhnya..

setiap kedukaan itu hanyalah satu ujian buat yang mengerti…

Bahawasanya,
Allah tidak akan pernah mempersiakan hamba-hambaNya..di sebalik setiap kejadian pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan..pasti akan ada kebahagiaan yang akan menjadi pelengkap kepada perjalanan bagi hamba-hambaNya yang tabah..
…bagi aku dan denai itu

13 November 2010
1.06 am

Jamuan KEBIRU di Seg Hwa

6 comments:
Lokasi: kantin SMJK Seg Hwa
Masa : 8.00 malam
Tarikh: 12 Nov 2010

Jamuan KEBIRU (KElab BIlik guru) telah diadakan bertempat di kantin sekolah.Lia kena bertugas bahagian makanan...hihihi..antara tetamu yang hadir,guru2 sekolah Seg Hwa la..sape lagi..hihihi..

"mari menjamu selera..."


kak intan borak x pandang kiri kanan...:)


Semasa menjamu selera, terdapat aktiviti yang disediakan untuk memeriahkan lagi jamuan ni..emmm..LUCKY DRAW...hadiah2 memang banyak..!






Barisan hadiah untuk sesiapa yang bertuah...:)


agak2 lia ni bertuah x????hihihhii...


..........nak tengok ape yang lia dapat???...jom...






pendrive Kingston..cabutan bertuah!


inilah hadiah yang lia dapat...PENDRIVE 4GB..cukupla tu...:)
bolehla wat simpan data2, note sket2..hihi..lia makan ngan kenyangnya...Alhamdulillah...hah?makan aper??biasa2 jer...




inilah hidangan tuk jamuan tu..x larat nk habiskan..


Semalam jugak ader tetamu istimewa iaitu, Pn Chew Peng Leng...Beliau adalah bekas guru yang mengajar di Seg Hwa..baru je pon bersara...awal tahun 2010..beliau juga bekas PK HEM kat Seg Hwa..:)


Happy lak pengetua dapat duduk sebelah ngan Pn. Chew..hihi


Time nak balik tu, sempat lak bergambar...hihihi..ni rakan seperjuanganku, madam Liew Yee Mun..nampak x hadiah yang kat belakang tu..??tu hadiah lebih2, tuk diberi kpd tetamu yang x dapat hadir mlm tu..


me and mdm Liew..:)
myREVENGE: Kuih pilihan malam tu adalah......................kuih koci!!!




<---Nanged if u like..tQ