Wednesday, November 23, 2011

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - Terima kasih kerana saman saya!

4 comments:
lia rasa nak mengamuk sangat hari ni..geram!!hari ni lia dapat NOTIS dari perbandaran Melaka yang menyatakan kereta lia di saman atas kesalahan letak kenderaan di petak parking. sebenarnya, lia dah maklum pasal saman tu..tp yang lia x puas hati sebab saman tu tak betul..waktu tu kereta lia tak parking pada petak yang  disaman..lia park kereta di luar kawasan parking.,tp tetap dapat notis saman..jadi, hari lia dapat surat cinta kat depan cermin tu..terus lia snap pic ni..ternyata pegawai tu memang buta nombor!..dalam surat saman, dia tulis petak parking 564..tapi...sebenarnya....SAPE TAK GERAM??

TERIMA KASIH PERBANDARAN MELAKA!!!






Friday, November 18, 2011

terima kasih untukmu

No comments:

MAAFKAN diriku kerana melukaimu..
jua TERIMA KASIH untukmu kerana menjadikan diriku lebih kuat dan mampu untuk laluinya sekali lagi...kerana KETABAHAN itu sesuatu keistimewaan yang menjadi milikku selama ini..kerananya kumampu tersenyum..




kehidupan adalah satu pencarian

Wednesday, November 16, 2011

TUTORIAL~ letak BUTTON FB,TWITTER yang comel

7 comments:
First time buat tutorial..klu ade kekurangan, mintak maap byk2..lia buat tutorial ni pun kerana permintaan sicomel, Cahaya Hidup yang tanya pasal button facebook,twitter ngan blogspot kat tepi blog lia tu.

Photobucket

Okey,first…

Pegi kat ‘dashboard’à ‘design’à ‘page element’à ‘add gadget’
Then, pilih ‘html/javascript’.
Then, copy code yang di bawah ni dan paste dalam html tadi…

<style type='text/css'>a.linkopacity img {filter:alpha(opacity=50);-moz-opacity: 0.5;opacity: 0.5;-khtml-opacity: 0.5;} a.linkopacity:hover img {filter:alpha(opacity=100);-moz-opacity: 1.0;opacity: 1.0;-khtml-opacity: 1.0; }</style> <div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'> <a class='linkopacity' href='URL facebook' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br /> <a class='linkopacity' href='URL twitter' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png" /></a><br /> <a class='linkopacity' href='URL untuk blog dashboard' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />  </div>

Then, adik kenalah tukar URL yang telah lia highlight dalam code tu..gantikan ngan URL facebook, twitter dan blog home adik.

selain itu, yang lia wat tulisan warna oren tu, adik boleh tukar icon mengikut kesesuaian dan minat masing2. biasa lia pilih icon kat FACEBOOK ICON je. 


Kalau nak tukar position atas bawah, adik tukar je kat yang lia highlight HIJAU tu..

Last skali, SAVE..dan preview blog adik..

p/s: kalo tak jadi,bagitahu tau…J


~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

cerita DUKUN yang tidak dapat ditayangkan

2 comments:
ini adalah sebahagian dari scene cerita DUKUN lakonan UMIE AIDA yang tidak mendapat kelulusan untuk naik di pawagam..dah lama penonton menunggu tayangan ni, sejak tahun 2007 lagi..tapi hampa. apa boleh buat..berdasarkan video ini, jelas aksi lakonan mantap UMIE AIDA yang membawa watak sebagai seorang DUKUN juga pembunuh...SERAMLAAA!!!
jom layan...






~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Kursus Pra Perkahwinan~ kursus penutup tahun 2011

No comments:
Akhirnya...sampai gak giliran lia nak kena pergi kursus pra perkahwinan ni..hihihi...sape2 nak join..jomla daftar.mane2 yang dah kawin, kalu nk renew ilmu, leh la datang skali..siap leh pilih tarikh dan tempat lagi..bayaran pun murah jer...RM50. Kalau kat tempat lain,x dapat kot harga mcm ni..sbbnya, ari tu try gak survey harga kursus kat segamat, punyalah mahal RM120..berganda2!!! jadi lia pun amek keputusan wat kat kampung jer...lia pilih tarikh ni,senang sket..dekat lak ngan rumah..time cuti lak tu..xderla susah sgt nk amek cuti..Selamat berkursus semua!!

MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PERKAHWINAN
Tarikh Daftar
:
16-11-2011 09:04:25
Nama
:
TENGKU DALIA BINTI TENGKU AZIZ
No. KP
:

Email
:
www.queyaabadi.com
Tarikh Kursus
:
02/12/2011 - 03/12/2011 (SIRI 12)
Tempat Kursus
:
DEWAN SYARAHAN, ARAS 2
Anjuran
:
Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
Tempat Bayaran
:

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT DI PEJABAT AGAMA DAERAH MENGIKUT

DAERAH TEMPAT KURSUS YANG DI ANJURKAN.
PERINGATAN :
  1. PERMOHONAN ANDA AKAN TERBATAL SECARA AUTOMATIK SEKIRANYA PEMBAYARAN TIDAK
  2. DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 5 HARI BEKERJA SEBELUM TARIKH KURSUS.
  3. SILA BAWA LAMPIRAN INI SEMASA MEMBUAT BAYARAN KURSUS.

Tuesday, November 15, 2011

Gambar 3D yang besar

No comments:
gambar 3D ini special dibuat sempena hari 11/11/11 oleh sebuah pusat membeli belah di China..ia menandakan hari jualan murah yang dibuat pada tarikh tersebut.. dan, keseluruhan saiz gambar 3D ini berukuran 1'111 meter persegi, yang terbesar di china.




sumber asal sina
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Dinner Seg Hwa 2011

No comments:
tepat 11/11/2011 hari Jumaat, pihak Kelab KEBIRU  Seg Hwa anjurkan majlis makan malam..dinner tu buat di Villa Hotel, Segamat..pertama kali dalam 3 tahun ni,lia dapat rasa dinner akhir tahun buat kat hotel..hihihi..sebelum ni majlis tu berlansung di dewan terbuka sekolah je..cian kan??hihi..tp makan best..mcm2 ada..

tp untuk dinner tahun ni, mcm meriah sket laa..ada karaoke, cabutan bertuah lak~adiah besar2..lia dapat la pendrive ngan pen merah (ni hadiah untuk semua)...hihihi

jom tgk koleksi gambar2 yang sempat dirakam...:)
Photobucket
sebelum bersantap..senyum,tp perut lapar~
Photobucket
Ngu, lia ngan Fid~gambar mcm bermasalah sket..hihi
Photobucket
lia ngan fid~depan meja penyambut tetamu..:)
Photobucket
bersama hamper yang dimenangi fid..yeaayy~~
Photobucket
ni anak salah seorang guru di seg hwa~Qistina
Photobucket
antara rakan seperjuangan di seg hwa...:)

Monday, November 14, 2011

terima kasih buat Surf7 dan Dahlia's Journal

2 comments:
setelah lama blog ni terjeruk..akhirnya selamat juga ia bertukar identiti..hikhik,macam transformer plak!.sebenarnya lia dah tukarkan alamat blog ni..saje je.rasa mcm nk tukar angin timur plak..domain baru ni nampak sikit 'pemilikan'..hehehe..

domain queyaabadi.com ni lia beli dari SURF7 yang di'recommend'kan oleh sis Dahlia..terima kasih pada pihak surf7 kerana memahami ketakpandaian lia nih dan byk menolong dalam proses pertukaran tu..huhuhu..

tapi sebenarnya byk gak kisah sebelum blog ni dapat domain sendiri...lia ni bukanlah major dalam IT, jadi buta tu lebih laa pasal hosting,domain,DNS semua..sebab tu la,selepas seminggu lebih domain yang dibeli terjeruk,sbb tak reti nak apply dalam platfrom blogspot..first lia buat sendiri..blogspot bg respond mengatakan DNS tak setup dengan betul..tapi lia try tukar kat control panel,tp x berjaya jugak..sedey sangat time tu..

Photobucket

option kedua, lia mintak tolong ngan sis Dahlia, kot2 dia pernah hadapi masalah mcm ni..jadi dia pun suggest mintak tolong dari surf7 gak....thanx sis sebab byk tolong lia...:)

last option..hantar email kat surf7.........

esoknya,lia dapat email dari surf7..terus check kat dashboard,

tadaaa...!!

Photobucket

hepinya bila blog dah ready!!yeaayyy~~~

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

20 sebab lelaki senang hati

No comments:


20 sebab lelaki senang hati....


1) Tak perlu mengandung..

2) Boleh kencing merata- rata..

3) Kerjanya sama, tapi gaji lebih..

4) Kedut dan boroi lambang kejantanan..
5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dgn mereka..
6) Berbual di telefon 30 saat je..
7) Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar selama 5 hari berturut- turut..
8) Di puji sebab berjaya keluarkan 1 idea yg ciput..
9) Boleh pakai seluar dalam yang berharga RM9.90 sekotak (ada 3 helai)..
10) Boleh pakai baju yang berkedut..
11) Apa yang ada di muka semuanya ori..
12) Stail rambut sama saja selama bertahun- tahun dan mungkin berdekad..
13) Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak..
14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki.... Urrggghhhh~~.
15) Misai berserabut? No hal lah...
16) Boleh mengorat..
17) Bergaduh / Bertumbuk di khalayak ramai tanda kegagahan..
18) Merokok itu macho..
19) Boleh pegi kedai hujung beli rokok hanya pakai seluar pendek tak berbaju dengan muke selamber..
20) Pakai seluar koyak.. "Gua Rock maaaaa!!!" :D




Sunday, October 16, 2011

bila ' orang putih' cakap melayu

No comments:

gambar sekadar pencuci mata...


korang semua perasan tak kebanyakkan org2 malaysia sekarang sangat obses untuk 'speaking'..konon nak nampak lebih standard. Tapi sebenarnya, kalau kita lihat, apa salahnya kalau kita memartabatkan bahasa ibunda kita??kenapa perlu mengagungkan bahasa asing??kenapa kita tidak berusaha untuk meMELAYUkan DUNIA!!!..biar semua rakyat dunia belajar bertutur dalam BAHASA MELAYU..kerana bagi saya..saya sangat BANGGA bila tengok 'orang putih' bertutur dalam bahasa kita...


~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Tuesday, October 11, 2011

erti sebuah KESILAPAN..

No comments:


pernah kaki ini menginjak kesilapan...
kesilapan itu yang mengangkat kesakitan pada diri...
namun, dengan kesakitan itulah yang mengajar langkahku..
membimbing daku pada laluan yang betul..
ku tidak ingin lagi melalui kesilapan yang sama..
tidak mahu lagi melukis luka yang serupa...
terima kasih kerana memberiku peluang merasai kesakitan itu..

dan kini...

ku akui langkahanku adalah menuju REDHAMU, 
TUHANKU...aminn

11 okt 2011
detik: 1.37 am

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Sunday, September 11, 2011

the cave of the golden rose

1 comment:

Sebuah lagenda antara percintaan dan perebutan kuasa. Mendampingi sebuah cinta biarpun terpaksa merahsiakan identiti sebenarnya dan pergolakkan kuasa antara dua takhta. Alami penjelajahan Fantaghiro demi membuktikan kesetiannya kepada cinta dan juga keluarga dalam siri mini The Cave of The Golden Rose.


myRevenge: " bermula 11 sept 2011, jam 10 malam di tv9 "
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Friday, September 9, 2011

im glad to be myself~

No comments:
\

You made my insecure to me I wasn't good enough.
But who are you to judge when you're diamond in the rough.
I am sure you got some things.
You like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else.
Am no beauty queen, am just beautiful me

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Wednesday, September 7, 2011

Penyu bermula garang

No comments:
PEMAIN Terengganu, Ashaari Samsudin  (kiri) berentap  dengan pemain Sime Darby, Mohammad Syukur Saidin pada perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia n di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.


Skuad Penyu atasi Sime Darby 3-0, N Sembilan ceria benam PKNS 2-1 

JUARA Piala FA dan naib juara Liga Super, Terengganu memulakan kempen Piala Malaysia dengan garang apabila mudah membenam Sime Darby 3-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Terengganu tampil dengan lima pemain kebangsaan - Sharbinee Allawee Ramli, Helmi Remeli, Joseph Kalang Tie, Ashari Samsudin dan Abdul Hadi Yahaya manakala ketiadaan bek kiri skuad Olimpik negara, Zubir Azmi ditampung Ronny Harun.
Hanya lima minit diperlukan Terengganu untuk memperoleh gol pertama menerusi tandukan Joseph Kalang selepas dia pantas menyambung umpanan Reeshafiq Alwi hasil sepakan sudut Ashari. 

Sime Darby sesekali mencuba tetapi ketumpulan sentuhan penyudah Faizal Esahar dan Mohd Faiz Isa memudahkan tugas Sharbinee mempertahankan gawang Terengganu. 

Pada minit ke-32, Terengganu menambah gol kedua selepas rembatan kencang kaki kanan Reeshafiq dari luar kotak penalti berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil. 

Bersambung babak kedua, Terengganu terus menampilkan penguasaan penuh tetapi Ashari, Hadi dan Abdul Manaf Mamat banyak mempersiakan peluang depan pintu gol Sime Darby. 
Manaf akhirnya berjaya meledak gol ketiga Terengganu selepas menyudahkan lorongan cantik pemain gantian, Ailim Fahmi Kamaruddin pada minit ke-84. 

Sementara itu, pada satu lagi aksi Kumpulan B malam tadi, naib juara musim lalu, Negeri Sembilan berjaya menewaskan juara Liga Perdana, PKNS 2-1 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya. 



sumber tetap:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terengganubermulagarang/Article
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Tuesday, September 6, 2011

post pendek: cukai untuk pelacur

No comments:


Pelacur pun kena bayar cukai. Pihak berkuasa di Bonn, Jerman, kini menetapkan semua pelacur2 di bandar supaya menggunakan mesin layan diri untuk dapatkan tiket sebelum mereka memulakan aktiviti mereka. Semua pelacur jalanan diperlukan untuk membeli tiket berharga 6 € (kira-kira RM 25 lebih) dari meter tiket khas untuk pelacur2 sebelum mereka memulakan kerja mereka. Tiket itu bertindak sebagai cukai tetapkan kadar bagi pelacur, tanpa mengira berapa banyak pelanggan yang mereka telah. Jika seseorang pegawai polis menangkap seorang pekerja seks tanpa tiket, mereka akan dikenakan denda atau diharamkan daripada bekerja
laporan The Telegraph



~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Monday, September 5, 2011

salam aidilfitri buat semua~

1 comment:

Photobucket

Photobucket

di kesempatan ini, lia nak ucapkan salam aidilfitri buat semua..maaf zahir dan batin
ikhlas: lia sekeluarga~


~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Friday, August 19, 2011

'manusia' berhati kelam~

4 comments:


Mulut yang keluar dari hati yang terbaik ialah zikrullah ~

Mulut yang keluar dari hati yang baik ialah senyum ~

Mulut yang keluar dari hati yang sederhana ialah diam ~
Mulut yang keluar dari hati yang kotor ialah memaki, mencarut dan kata2 kesat
Mulut yang keluar dari hati yang jahat ialah mengumpat dan fitnah ~




"Dengki itu memakan kebaikan, sebagaimana api membakar kayu. Sedangkan sedekah itu menghapus kesalahan, sebagaimana air memadamkan api." 
— HR Ibnu Majah

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~

Friday, August 12, 2011

gelagat engku safiy dan abangnya,engku shazrin~anak2 sedara yg chumell

1 comment:
Photobucket

Photobucket

Photobucket

inilah dia engku safiyuddin haiqal dan abangnya, engku shazrin hakimi..si adik yang baru terlena, didatangi abangya..dah memang jadi tabiat abang sejak adiknya lahir, selalu nak cium pipi adik..sampaikan menangis2 adiknya..ni adegan bila shazrin tertido sebelah si adik..sblm tu dia asyik duk cium adiknya. sampaikan sanggup tido ngan adik dalam kelambu baby tu..hihihi..

Dik, ku ingin engkau s'lalu mengerti
Betapa rindunya hati ini
Betapa luluhnya diri ini
'Pabila diri mulai cemasi dirimu adikku
Adikku sayang, janganlah kau ragu
Hadapi dunia yang berliku s'lalu di setiap waktu
Adikku sayang, tidurlah yang lelap
Biarkan dunia, biarkan manusia apa adanya
Biarkan mereka dengan jalannya
Biarkan tidurmu dengan mimpimu
Adikku...
Dan hidupmu t'rus berjalan
Dan engkau akan temukan arti hidup dan rintangan
Tegarlah walau merangkak
Adikku...
Adikku sayang, janganlah kau ragu
Hadapi dunia yang berliku s'lalu di setiap waktu
Adikku sayang, mimpilah yang indah
Tentang dunia yang memberimu kebahagiaan
Adikku sayang, tidurlah yang lelap
Biarkan dunia, biarkan manusia apa adanya
Biarkan mereka dengan jalannya
Biarkan tidurmu dengan mimpimu
Adikku...adikku...

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.
" nak Copy Entry dialu2kan...........tapi
 bagila kredit kpd Tukang Conteng yer..... "
 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~..~.~