Saturday, February 22, 2014

Indahnya perihal dulu-dulu

No comments:

Indahnya kenangan sewaktu kecil..aku baru habis berborak dgn cik (pnggilan tuk ibu- tp aku diarahkan panggil cik) tentang hal zaman muda dia.macam2 cerita keluar..dari hal halaman rumah dulu2,tempat tinggal, kenangan mandi sungai, hingga membawa zaman kecil2 aku..sungguh indah bila dikenang.

Zaman cik dan tokwan,
Dulu2, kebanyakkan rumah kt kg tu bertumpu di tebing sungai..waktu tu org nk ke pasar,guna pengangkutan air..area tahun 70-an ke 80-an. Jadi, sape2 yg pakat nk ke pasar atau bandar,kena tunggu bot penambang. Boleh dikatakan semua org akan menunggu bot (mcm tgu bus sekarangla)..siap lambai2 ngan kain,tuk bagi pemandu bot tu nampak..jadi,tak hairanla klu setiap rumah ada pengkalan masing2 tuk dijadikan tempat menaiki bot...waktu dulu,air sungai jernih..boleh nampak sampai ke dasar batu kerikil dan pasir putih..air pun cetek.pokok2 kt tebing sungai pun banyak merentangi sungai..tak macam sekarang
Jauh berbeza katanya..x terbayang keindahan waktu dulu..cerita cik lg,dulu2 elektrik belom ada.yg ada cuma satu generator. Itu pun,hasil usaha abang dia yg rekacipta enjin hingga mampu menghidupkan mentol..menurut cerita cik, enjin generator tu di dapati dari mesin padi. Mmg bunyi dia kuat. Aku pun pernah nampak benda tu,dan pernah jadi saksi benda tu mampu menjana elektrik (kagum jgk la)...mmg byk kenangan yg dapat dia ceritakan,tp yang paling menarik hati aku ingin tahu adalah tentang seni bina rumah dulu2. Yg aku dapat bayangkan, rumah dulu dibuat sepenuhnya dari kayu..atap pulak dibuat dari bata nipis yg berat tu.mmg sejuk la..tp rekaan rumah yang diceritakan sgt menarik..menurut cik,rumah yg tok aku bina dulu bermula dengan ibu rumah. Di bina atas tiang yg tinggi. Ibu rumah tu pulak disambung dgn rumah serambi dpn yg lbh rendah. Jadi,untuk kemudahan semua, dlm rumah itu dibina satu batang anak tangga yg panjang untuk turun dari ibu rumah ke serambi depan..aku rs rumah tu sangatla unik. Ditambah lagi dengan gaya penceritaan cik aku (memandangkan rumah tu telah diroboh, maka aku cuma dapat membayangkan ia mengikut selera sendiri)...#^_^

Zaman kecil comel aku,
Aku dulu waktu kecik2,kena tinggal dengan tokwan. Jadi,kenangan masa kecik banyak tercipta bersama arwah. Dia sanggup hantar aku ke sekolah tadika dgn berjalan kaki. Aku rs kecik2 dulu suka ponteng, malas nk g sekolah. Sbb nk ikut tokwan g kedai. Aku masih ingat lg,perjalanan ke sekolah tu sangat jauh. Aku terpaksa meredah padang yg luas,naik jambatan. Lepas tu, terpaksa masuk kebun rambutan org sebelum sampai ke jalan besar..tp memandangkan aku bersama arwah tokwan,aku rs perjalanan tu sangat menyeronokkan. Macam2 perkara yang aku nampak dan belajar semasa aku bersamanya..dari hal menjaga kerbau,mandi sungai (siap lemas tu),hingga membawa kepada buat nasi kerabu. Semuanya aku belajar dari dia. Konon cucu kesayangan (sbb selalu tidur dengan dia..hehe)..kerana itula,aku sangat rindukan zaman kanak2 aku. Semuanya sangat indah. Kalaula aku ada xperia z waktu tu,mungkin banyak gambar2 yg mampu diabadikan....(waaaa,tiba2 rs nak nangis)..Sangat berbeza dgn zaman sekarang...

Dan sekarang, biarpun usia telah lama menjauhi kenangan tu..namun, setiap sudut cerita, haruman dan bait kata suara masih menghiasi sudut dalam fikiran aku..takkan pernah ia berlalu dari hatiku..sungguh indah penerokaan hidup bagi yang bergelar kanak-kanak...#^_^♥

Monday, February 17, 2014

Siapa zhariff??

No comments:
Sebulan x masuk blog..berhabuk da tempat nih.bukan aku xnk conteng2 cuma byk keje lain nk setel.xsempat nk berdrama kt sini..hehe
Ari ni tetiba,balik sekolah..terus bukak blog. Sebenarnya, sunyi kat umah ni bl balik sekolah. Selalunya, housemate ade.sekarang da tukar housemate baru.kebetulan dia pulak kerja petang. Jadi malam je la waktu jumpa.
Teringat pulak si zharif (betul ke ejaan nama nih?)..siapa zharif nih?hehe..
Dialah buah hati jantung aku sekarang.pengubat di waktu sunyi. Senyuman,gelak tawa..yang paling menawan,mata dia..memang charming!sekali pandang terus jatuh cinta..tapi dia selalu busy,memalam baru leh jumpa..dan sekarang,aku sgt rindukan dia..!!Ahmad zhariff irfan,adorable boy..#^_^
p/s: umi zhariff pesan,gambar xleh upload byk2..hehe.