Tuesday, April 26, 2011

KEJAHATAN yang tidak DITAKUTI


Secara sedar ataupun tidak,telah banyak kejahatan yang telah kita perlakukan. Kejahatan yang paling ketara adalah UMPATAN dan FITNAH. Ia telah dianggap REMEH kerana dosa itu belum kelihatan didunia namun itulah kejahatan yang AMAT BESAR DOSANYA yang mana ALLAH sendiri tidak mampu untuk mengampunkan dosa si pengumpat melainkan orang yang diumpat itu mengampunkannya terlebih dahulu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


P/S :
Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya-tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan).
sumber:http://ilmudanulamak.blogspot.com/

myREVENGE: Wallahualam..jauhkanla dari dosa itu....fikir2kanlah....huhuhu

1 comment:

sekamar rindu said...

salam...

moga kita menjauhi semua keburukan tu...