kita
melangkah sehari2 tanpa kita sedar setiap langkahan yang dibuat itu adalah
tanpa ilmu dan pengalaman tentang kehidupan. Hidup hanya sekali, dan
jelas kita tidak mampu mengundur setiap detik yg berlalu..sedar atau tidak
detik itu terus berlalu...
Namun,
kita patut berbangga...kerana walau pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui
sepanjang perjalanan, kita tetap meneruskan langkah. Berani mahupun tidak, kaki
tetap melangkah seiring dengan masa yang menjadi pengubat bagi semua perkara.
Hidup
ini bagai sebuah pentas untuk kita melakar satu cerita..selagi kita masih
bernyawa, pentas itu tetap berlansung dengan pelbagai plot. Ada yang gembira,
ada plot sedih dan ada juga yang mengharukan. Semua plot ini dihiasi dengan
pelbagai perasaan. Namun yang pasti, setiap lakaran cerita berakhir mengikut
pilihan takdir masing-masing. Doaku semoga setiap orang memiliki pengakhiran
yang terbaik bagi perjalanan hidup mereka.
Bagiku,
perjalanan hidupku ini hanyalah untuk mencapai satu matlamat..matlamat yang
telah lama terdiam di hati. Ia mungkin sukar dan tak mudah, namun ku tetap akan
mencuba yang terbaik. Apa yang pasti, Dia tetap di sisiku untuk terus memberiku
peluang untuk mengejarnya. InsyaAllah..
Bukan
mudah untuk mendapat syurga Allah
2 comments:
Betul tu ..dalam mengejar SYUGA ALLAH, mungkin kita tersasar...tapi cepat2lah sedar dan kembali ke jalan ALLAH agar akhirnya kita menuju ke jalan SYURGANYA...
@teratailbh baik hanyut ke destinasi daripada sesat dari laluan..
Post a Comment