Ari ni aku masuk sebulan aku mengajar kelas 4h untuk subjek sains. Dari mula2 aku masuk,aku da mintak pelajar2 hantar pembetulan sains bagi kertas pertengahan tahun ari tu..
Sampai hari ni jgk,tgl 7 org pelajar yang tegar xnk buat pembetulan kertas. Aku bukan nak sangat semua pembetulan tu,tp untuk mndidik pelajar supaya menghormati seorang guru. Kalau tak,sampai bila2 pelajar tu xkan pandai menjaga amanat sebagai pelajar.
Hanya tinggal 7 pelajar lelaki yg betul2 keras hati xnk hantar pembetulan. Jadi,ape yg aku buat..tiap kali aku masuk kelas,7 org ni akan berdiri selama aku mengajar kt depan..asalnya 10 org yang berdiri,3 org dah submit sebab x sanggup nak bdiri lelama time kelas sains. Aku bukan x kesian,in fact aku sendiri berdiri bersama.x duduk waktu mengajar...jadi sama-sama berdiri.hehehe...😝😜
Dalam 70 minit masa mengajar, diorang berdiri..bermacam2 alasan aku dengar..semua alasan aku x terima..
Namun, kebaikan yang aku dapat dari dendaan tu sangat ketara. 😏First aku tgk, pelajar tidak dapat masa tidur dalam kelas..jadi, pelajar2 ini akan terpaksa mengikuti pembelajaran dalam kelas secara x lansung berbanding kalau mereka duduk saja di meja...(xde aku nak marah2 diorang tido)...😘
Kedua, pelajar lebih menumpukan perhatian sebab tiada alasan untuk mereka mengelak untuk tidak mengikuti pembelajaran. Jadi,bila aku buat soal jawab,respon yang aku dapat adalah positif. Dan itu sangat menyenangkan hati seorang guru seperti aku (yang mengajar kelas belakang)...😜😝
Dan paling best, aku lebih rapat dengan pelajar yang bermasalah ni..jadi, mereka lbh senang untuk mengikuti pembelajaran dan tidak menaruh perasaan buruk atau negatif terhadap aku (asyik denda je kan..😝)..
Saat2 yang paling di tunggu,masa bunyi loceng keluar kelas..bayangkan aku tgh mengajar,loceng berbunyi..sorakan 7 org nu lagi kuat dari bunyi loceng..terasa lucu sangat tgk gelagat diorang yang x sabar2 mintak waktu mengajar aku habis sebab x tahan lagi berdiri..
Lepas loceng berbunyi..,
"..See u next class, nanti berdiri lagi yea..."
(Sambil senyum kambing...)😜😝😁
No comments:
Post a Comment