Sunday, June 19, 2011

Semaikan sifat malu dalam peribadi seorang isteri

1. Seorang isteri dikira tidak ada sifat malu jika dia suka menceritakan aib suami atau aib rumah tangga sendiri kepada orang lain. 

"Seorang isteri yang tidak malu terhadap suami telah berlaku `dayus' 
terhadap suami, dalam maksud bahawa dia telah meletakkan suami pada tahap yang paling rendah sedangkan dalam Islam, suami mempunyai kedudukan yang tinggi," 


2. Dalam kehidupan berumah tangga, seorang isteri memang perlu mempunyai adab-adab, elakkan dari bercakap tinggi, bercakap kasar dengan suami, menengking dan sebagainya.



3. Seorang isteri sewajarnya malu untuk memakai pakaian yang tidak gembirakan hati suami.

"Apabila suami menyuruh isteri memakai pakaian yang lengkap, maka jika tidak diikut, si isteri itu adalah wanita yang tidak mempunyai rasa malu. Ini di antara kesalahan dalam agama yang dianggap berdosa kepada Allah dan suami."

4. Menggunakan panggilan yang menyeronokkan kepada orang yang kita sayangi


isteri yang memanggil suami dengan nama ataupun menggunakan "I" dan "you" apabila bercakap adalah isteri yang tidak mempunyai perasaan malu.


"Sifat malu ini sememangnya wujud sejak awal penciptaan manusia, iaitu sewaktu Hawa diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam. Walaupun Hawa tahu bahawa dia diciptakan untuk Nabi Adam, namun kerana perasaan malu, beliau tidak terus meluru kepada Nabi Adam, sehinggalah Allah menyeru untuk berbuat demikian."

No comments: