·
Orang
yang mencintai kamu tidak
pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
·
Walaupun
kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan
kamu tetap menjadi impiannya.
·
Orang
yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
·
Orang
yang mencintai kamu selalu
ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
·
Orang
yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat
tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan
dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung
ayat selain kata cinta itu.
·
Jika
kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu
adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
·
Orang
yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat
itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
·
Orang
yang mencintai kamu selalu
mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana
dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan
yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi
bukan orang yang mencintai kamu.
·
Orang
yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
·
Kalau
kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk,
dia akan sentiasa
mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
·
Jika
kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk
memberi semangat kepada kamu.
·
Orang
yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.
·
Orang
yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat
gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
·
Orang
yang mencintai kamu selalu
ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
·
Jika
suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar
kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
·
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan
kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
·
Orang
yang mencintai kamu bertindak
lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
·
Orang
yang mencintai kamu sering
melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
·
Orang
yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia
akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
·
Jika
kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
·
Kalau
kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat
kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga
buatnya.
·
Dan
jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia
akan menyedarinya
dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun
hal itu membunuh hatinya.
·
Jika
suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada
menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
·
Orang
yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya
meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu
kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang
berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan
orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!
sumber: http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/24-ciri-ciri-orang-yang-mencintai-kamu/
2 comments:
waiting for MR Right.tak perfect takpe..asal menyayangi diri ini..kekkee
@sugar2 kapas strawberry
insyaALLAH...pasti ader mr.Right yg sedang mencari tu..:)
Post a Comment