...seorang isteri yang berpakaian sopan sedang melayan kerenah adik2 ipar bersama mentua..sedang si suami memandang dengan senyuman ke arah isterinya..si isteri membalas senyuman itu dan kemudiannya menyambung kembali perbualan sambil menonton rancangan kegemaran bersama keluarga mertua...
..si suami yang menghilang tadi tiba-tiba muncul di belakang si isteri..dipakaikan si isteri selendang yang menutupi seluruh auratnya..
si isteri terpaku..semua mata memandang ke arah pasangan tersebut. Si suami hanya tersenyum lalu mencium ubun2 kepala si isteri untuk menghilangkan resah sambil berbisik di telinganya...
“ sayang,dirimu adalah harta milikku, abang tidak sanggup berkongsi nikmat yang Tuhan kurniakan kpd abang untuk dijadikan tatapan untuk orang lain. Kerana sayang adalah isteri abang. Maafkan abang, sayang”
Dan si isteri yang mengerti niat suaminya terus menggengam tangan suami..dengan penuh keihlasan dan redha, si isteri mencium tangan suaminya...
“abang, maafkan isterimu...ku tidak sengaja menyakiti hatimu, sayang. Terima kasih abang kerana mengingatkan isterimu”
Untuk bakal suamiku,
Ku ingin sampaikan padamu..bahawa diriku benar2 memerlukanmu untuk membawa diri ini ke jalan yang diredhai…
Ku memerlukan seorang suami yang dikurniakan olehNya…yang mempunyai kekuatan mendidik dengan penuh dengan kasih sayang…
Ku menginginkan seorang suami yang diberkati…yang mensyukuri dan menjaga harta miliknya
Dari,bakal pendampingmu…
6 comments:
semoga saya mendapat bimbingan dari allah untuk menjadi lelaki yang baik yang mendampingi wanita yang baik juga...
zul:..insyaALLAH..pasti dikurniakan insan yang special nanti...:)
perempuan yg baik utk lelaki yg baik...kn?
:D
achmad:..insyaALLAH..amin.
kan bagus saling bermaafan. emmmpphhh.
@0sh!Nz d' sen0r!ta
..insyaALLAH..maaf tu penyembuh luka
Post a Comment